Assalamualaikum w.b.t
Hari Pertama di Lombok, Indonesia (10.3.2018)
Kami tiba di Lombok International sekitar jam 12.15pm waktu Lombok. Sebenarnya waktu Lombok dan Malaysia sama sahaja tapi di Lombok jam 6 pagi dah terang seperti jam 8 pagi di Malaysia. Kalau waktu malam pula jam 6 petang di Lombok seperti jam 8 malam di Malaysia.
Selepas kami dah lepas imigresen semua, kami dijemput oleh tour guide yang sudah di booking iaitu Pak Dedy. Kepada anda yang pergi ke Lombok secara berkumpulan, saya cadangkan untuk upah Pak Dedy sebagai tour guide sebabnya servis sangat bagus dan kenderaan yang disediakan cukup untuk kami 8 orang untuk satu kenderaan. Kenderaan yang kami naik ialah Toyota Hiace. Ni nombor Pak Dedy sekiranya korang nak booking dia Dedy +6281805228292
Kami dibawa oleh Pak Dedy untuk makan tengahari di Pantai Kuta. Kami makan di Anda Bungalow & Restaurant. Saya order ayam tailiwang. Disebabkan kami kelaparan jadinya rasa semua sedap. haha. Selesai sahaja kami makan tengahari, Pak Dedy beri masa untuk kami jalan-jalan di Pantai Kuta untuk ambil gambar. Pertama kali tengok pantai jernih dan cantik memang teruja sangat. Dah berapa puluh gambar ambil. Haha.
Selepas kami berjalan di Pantai Kuta, kami dibawa ke Tanjung Ann pula. Pemandangan di Tanjung Ann sangat-sangat cantik. Setiap sudut kami ambil gambar.
Setelah puas kami ambil gambar di Tanjung Ann, kami terus menuju ke Jetty Teluk Nare. Kami harus ke jetty sebelum jam 6 petang sebab perlu menaiki bot untuk ke Gili Trawangan. Dari Tanjung Ann ke jetty mengambil masa 2 jam dan dari jetty ke Gili Trawangan menggunakan speed boat hanya 30 minit.
Setibanya di Gili Trawangan, kami terus check in di Good Heart Resort. Hotel kami betul-betul berhadapan laut. Memang sangat cantik dan puas hati.
Sebaik sahaja kami sampai, kami diberi welcome drink iaitu fresh oren. Perkhidmatan yang disediakan pihak hotel juga sangat bagus sehinggakan mereka tolong angkat luggage kami yang berat macam batu sehingga ke bilik. Biliknya sangat kemas dan bersih.
Untuk makan malam pula, kami berjalan dari hotel ke kedai makan sambil menikmati keindahan malam di Gili Trawangan. Tak jauh pun dalam 5 minit macam itu kedai makannya. Kami makan di kedai Lalapan dan saya order ayam bakar. Semua kedai makan di Gili Trawangan ini halal. Selepas makan kami terus pulang ke hotel dan rehat untuk aktiviti keesokkan harinya.
Hari Pertama di Lombok, Indonesia (10.3.2018)
Kami tiba di Lombok International sekitar jam 12.15pm waktu Lombok. Sebenarnya waktu Lombok dan Malaysia sama sahaja tapi di Lombok jam 6 pagi dah terang seperti jam 8 pagi di Malaysia. Kalau waktu malam pula jam 6 petang di Lombok seperti jam 8 malam di Malaysia.
Selepas kami dah lepas imigresen semua, kami dijemput oleh tour guide yang sudah di booking iaitu Pak Dedy. Kepada anda yang pergi ke Lombok secara berkumpulan, saya cadangkan untuk upah Pak Dedy sebagai tour guide sebabnya servis sangat bagus dan kenderaan yang disediakan cukup untuk kami 8 orang untuk satu kenderaan. Kenderaan yang kami naik ialah Toyota Hiace. Ni nombor Pak Dedy sekiranya korang nak booking dia Dedy +6281805228292
Pak dedy dah siapkan nama. Jadinya senang bila keluar airport dah nampak ada orang nak menjemput |
Kami dibawa oleh Pak Dedy untuk makan tengahari di Pantai Kuta. Kami makan di Anda Bungalow & Restaurant. Saya order ayam tailiwang. Disebabkan kami kelaparan jadinya rasa semua sedap. haha. Selesai sahaja kami makan tengahari, Pak Dedy beri masa untuk kami jalan-jalan di Pantai Kuta untuk ambil gambar. Pertama kali tengok pantai jernih dan cantik memang teruja sangat. Dah berapa puluh gambar ambil. Haha.
Di Pantai Kuta
Tanjung Ann
Setelah puas kami ambil gambar di Tanjung Ann, kami terus menuju ke Jetty Teluk Nare. Kami harus ke jetty sebelum jam 6 petang sebab perlu menaiki bot untuk ke Gili Trawangan. Dari Tanjung Ann ke jetty mengambil masa 2 jam dan dari jetty ke Gili Trawangan menggunakan speed boat hanya 30 minit.
Speed boat yang membawa kami ke Gili Trawangan
Hotel kami yang berhadapan laut
Pemandangan di hadapan bilik hanya garden sahaja dan yang pasti bukan hutan berlukar. Haha
Kedai makan malam kami yang pertama di Gili Trawangan. Ayam bakarnya sangat sedap dan sambalnya pula memang boleh buat orang menangis.
Suasana Gili Trawangan waktu malam
Suasana waktu pagi di Gili Trawangan
Di Gili Trawangan ada perkhidmatan Atm Cimb. Jadinya anda hanya perlu aktifkan international siap-siap dari Malaysia. Hanya telefon customer service mereka atau aktifkan melalui cimbclicks.
Aktivit hari kedua di SINI
Love, DianaKamal
No comments:
Post a Comment