Tuesday, September 18, 2018

Gerimis Senja Villa

Assalamualaikum W.b.t

Cuti Malaysia lepas anda semua pergi ke mana? Aku dan kawan-kawan pergi bercuti di Gerimis Senja Villa, Hulu Langat. Kami  pergi 2 hari 1 malam . Aku akan buat review mengenai villa tersebut sebagai rujukan anda apabila pergi ke sana.

Harga 1 malam di villa ini ialah untuk hari biasa (Isnin -  Jumaat) RM 1100 (untuk 10 orang) manakala harga untuk hujung minggu pula (Sabtu-Ahad) RM 1600 (untuk 10 orang) dan cuti umum pulak RM 1800 (untuk 10 orang). Apabila tempah villa ini kita juga wajib untuk bayar housekeeping iaitu RM 60 untuk 1 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga, facilities dan booking boleh check di website mereka  (click sahaja) GERIMIS SENJA VILLA .

Hari Pertama:

Kami sampai di Gerimis Senja jam 2pm. Kami boleh check in pukul 2pm dan tidak boleh awal kerana penjaga villa perlukan masa untuk mengemas dari jam 11am - 2pm. Checkout untuk hari esoknya ialah jam 11am. Penjaga villa akan datang dan terus kemas untuk tetamu seterusnya.

Sampai sahaja di sana, kami berhubung dengan penjaga villa dan mereka akan bukakan pintu untuk kita.



Kami bergambar di hadapan villa. 

Villa ini mempunyai 3 bilik tidur, dapur serta kelengkapannya, kolam renang persendirian dan pelbagai jenis permainan yang disediakan.

Ruang tamu utama. Pihak villa juga menyediakan tilam extra, selimut dan bantal untuk mereka yang nak tidur di ruang tamu. Memang sangat selesa dan sejuk apabila waktu malam. Tidur depan tv memang syok habis!


Ini adalah dapur kering. Jika nak masak boleh masak di dapur basah yang terletak di luar belakang dapur. Pihak villa  menyediakan peralatan dapur seperti pinggan, mangkuk, sudu, microwave, mini rice cooker, heater dan peti ais. Mereka juga menyediakan mesin basuh di bahagian dapur basah.
Peralatan bbq seperti kipas, arang dan bbq pit juga disediakan di luar dapur. Memang sangat mudah jika nak memasak kerana semua kelengkapan disediakan. Kita hanya perlu bawa bahan mentah sahaja. 



Bilik tidur utama berhadapan kolam renang. Untuk pengetahuan korang, tingkap serta pintu di bilik tidur termasuk ruang tamu tiada langsir ya. Pandai-pandai la korang nak tukar baju macam mana. Haha. Memang villa ni private sangat sebab berada di atas dan tidak akan ada orang asing lalu hanya keluarga kita yang berada dalam villa sahaja. Penjaga villa ini pun duduk di bawah. Rumah dia bersebelahan pagar utama. Setelah kita check in mereka tidak akan ganggu kita. 





Bilik air untuk bilik tidur utama berkonsepkan bali. Memang cantik dan luas. Boleh mandi ramai-ramai dalam tu 




Bilik tidur kedua berada di tingkat atas. Bilik ini juga boleh memuatkan 4 orang untuk tidur. Boleh bentang tilam di bawah. Sofa bed juga ada disediakan. 




Bilik tidur ketiga iaitu berada di tingkat bawah di bahagian dapur. Bilik ini hanya untuk seorang sahaja



Selain itu, pihak villa juga menyediakan pelbagai jenis permainan untuk pengunjung. Selain mandi kolam renang boleh juga buat aktiviti lain.




Sebaik sahaja sampai, kami angkat barang dan sediakan minum petang pula. Kebetulan kami juga nak menyambut hari jadi jadinya kami sambut di tepi kolam renang. 



Seriously kek tu sangat-sangat sedap sebab tidak manis. Makan banyak kali pun tidak muak.

Waktu ini nak sambut birthday kawan aku dan suami aku sekali. Haha. Happy Birthday husband!



Makanan untuk pool party tu kami bawa sendiri dari rumah. Kami mandi dari petang sampai ke senja. Memang puas hati bergambar dan berenang. Terasa penat sangat.



Waktu malam pula kami buat bbq. Kita hanya perlu bawa bahan mentah sahaja untuk bbq. Kami juga buat setamboat. Multi cooker untuk steambot kami bawa sendiri. 



Selessai sahaja makan malam kami semua kepenatan. Untuk perempuan tidur di tingkat atas sebab lebih privasi dan selesa untuk tidur manakala lelaki pula mereka tidur bersepah. Haha. Ada yang tidur di bilik utama dan ada yang tidur di ruang tamu.  Mereka juga menyediakan tuala mandi. Jadi tidak perlu risau jika tidak bawa tuala. Cuaca waktu malam di sini sangat-sangat sejuk seperti cameron. Jadi korang boleh standby sweater. 

Hari kedua:

Kami kena checkout jam 11 pagi. Jam 8 pagi dah terjun kolam renang sambil sarapan pagi. Sarapan pagi kami masak sendiri. Kalau nak pihak villa sediakan pun boleh tetapi kena bayar satu kepala RM 5. Bagi aku jika sediakan sarapan sendiri lagi puas hati dan berbaloi. Selepas mandi kami bersiap untuk pulang.


Terima kasih semua kerana menjayakan percutian pendek ini dengan penuh memori. Sehingga kita rancang ke destinasi seterusnya.

Jom lihat video perjalanan kami  ke Gerimis Senja Villa di SINI

Love, DianaKamal

No comments: