Assalamualikum w.b.t
Hari Ketiga di Lombok, Indonesia (12.3.2018)
Hari ketiga pula, kami akan ke Sengigi. Selepas breakfast di hotel kami terus checkout di Good Heart Resort. Speed boat yang membawa kami ke jetty sudah menunggu.
Setibanya kami di Jetty Teluk Nare, Kami di bawa oleh Pak Dedy untuk ke Air Terjun Sindang Gile.
Berdasarkan cerita oleh Pak Dedy, untuk ke air terjun hanya perlu mendaki anak tangga sahaja. Memang dah dapat bayangkan mudahnya untuk ke air terjun. Tour guide yang bawa kami ke air terjun kata hanya 30 minit untuk sampai. Tapi siapa sangka kami naik hampir 1 jam. Haha. Dengan bawa anaknya lepastu nak tempuh liku-liku batu. Memang mencabar dan tidak sanggup rasa.
Nampak sahaja air terjun dan orang ramai berkumpul untuk ambil gambar ingat dah lega, rupanya itu air terjun yang pertama. Haha. Jadinya harus mendaki lagi untuk sampai air terjun yang kedua dan boleh mandi sekali disana.
Sampai sahaja di air terjun yang kedua kami sangat-sangat lega dan boleh tarik nafas panjang. Memang cantik sangat air terjunnya. Tak sia-sia kami panjat naik turun bukit untuk sampai ke air terjun itu.
Selepas puas mandi, kami pun turun. Untuk turun tour guide kami syorkan jalan shortcut. Jalan shortcut ni hanya 100 meter dan dapat menjimatkan banyak masa.
Setelah berfikir panjang dengan bawa anak sekali kami pun menggunakan jalan shortcut. Memang sangat mencabar sebab gelap gelita hanya menggunakan torchlight lampu sahaja. Nasib baik suami support dari belakang. haha.
Bila dah keluar dari terowong tu, kami hanya perlu sampai beberapa meter lagi untuk sampai di pintu hadapan. Memang masa ini masing-masing tidak larat dan kepenatan. Confirm dalam van semua tidur. haha. Bila nampak sahaja sign thank you memang rasa lega sangat.
Lepas mendaki ke air terjun kami makan tengahari di Rinjani Lodge. Sampai sahaja di Rinjani Lodge terus order makanan dan barulah tukar baju. Kami lepak di sini lama sangat sebab nak bagi hilang penat baru teruskan perjalanan.
Dalam jam 5 petang macam itu kami baru gerak dari Rinjani Lodge ke hotel. Dalam perjalan ke hotel, Pak Dedy sempat bawa kami ke kedai untuk shopping.
Selepas puas shopping baju kami check in di Hotel Aruna, Sengigi. Hotel ini bertaraf 4 bintang. Memang cantik dan puas hati.
Lepas check in hotel dan siap mandi, kami keluar untuk cari makan malam. Disebabkan masing-masing dah tidak larat dengan kaki sakitnya kami hanya makan kfc yang terletak berhadapan hotel kami. yang tak bestnya kfc disni tiada pilihan banyak macam di Malaysia. Haha. Tapi kalau dah lapar makan sahaja apa yang ada.
Lepas makan malam kami pulang ke hotel dan rehat.
Aktiviti hari keempat di SINI
Boleh lihat aktiviti hari kedua di SINI
Love, DianaKamal
Hari Ketiga di Lombok, Indonesia (12.3.2018)
Hari ketiga pula, kami akan ke Sengigi. Selepas breakfast di hotel kami terus checkout di Good Heart Resort. Speed boat yang membawa kami ke jetty sudah menunggu.
Setibanya kami di Jetty Teluk Nare, Kami di bawa oleh Pak Dedy untuk ke Air Terjun Sindang Gile.
Muka sebelum naik ke air terjun. Masing-masing semangat dengan bawa babynya sekali
Berdasarkan cerita oleh Pak Dedy, untuk ke air terjun hanya perlu mendaki anak tangga sahaja. Memang dah dapat bayangkan mudahnya untuk ke air terjun. Tour guide yang bawa kami ke air terjun kata hanya 30 minit untuk sampai. Tapi siapa sangka kami naik hampir 1 jam. Haha. Dengan bawa anaknya lepastu nak tempuh liku-liku batu. Memang mencabar dan tidak sanggup rasa.
Liku-liku perjalanan kami untuk sampai ke air terjun.
Nampak sahaja air terjun dan orang ramai berkumpul untuk ambil gambar ingat dah lega, rupanya itu air terjun yang pertama. Haha. Jadinya harus mendaki lagi untuk sampai air terjun yang kedua dan boleh mandi sekali disana.
Di Air Terjun yang pertama.
Untuk ke air terjun yang kedua, berlaku satu kejadian yang tidak diingini apabila monyet yang berkeliaran telah merampas biskut dari anak-anak kami. Haha. Memang monyet tu terus rampas dari tangan budak-budak tu. Apa lagi menangis la mereka. Kitorg yang besar ni pun dah cuak. Nasib baik tour guide tu dah halau lepas itu tenangkan budak-budak dan teruskan perjalanan ke air terjun yang kedua.
Sampai sahaja di air terjun yang kedua kami sangat-sangat lega dan boleh tarik nafas panjang. Memang cantik sangat air terjunnya. Tak sia-sia kami panjat naik turun bukit untuk sampai ke air terjun itu.
Air terjun yang kedua. Di Air terjun yang kedua boleh mandi.
Selepas puas mandi, kami pun turun. Untuk turun tour guide kami syorkan jalan shortcut. Jalan shortcut ni hanya 100 meter dan dapat menjimatkan banyak masa.
Ni jalan shortcutnya. Tidak ke rasa cuak tu dengan air derasnya lepastu gelap pula.
Berjaya juga harungi jalan shortcut ini. Nak cepat sampai punya pasal sebab kami betul-betul tidak larat. Menangis rasa lalu sini. Haha
Bila dah keluar dari terowong tu, kami hanya perlu sampai beberapa meter lagi untuk sampai di pintu hadapan. Memang masa ini masing-masing tidak larat dan kepenatan. Confirm dalam van semua tidur. haha. Bila nampak sahaja sign thank you memang rasa lega sangat.
Lepas mendaki ke air terjun kami makan tengahari di Rinjani Lodge. Sampai sahaja di Rinjani Lodge terus order makanan dan barulah tukar baju. Kami lepak di sini lama sangat sebab nak bagi hilang penat baru teruskan perjalanan.
Memang betul-betul lepak ni nak bagi hilang penat
Makanan tengahari saya. Yang ini di Malaysia lebih kurang macam daging masak paprik ke blackpaper macam itu. Haha. Dia punya nama menu panjang sangat.
Dessert pulang pisang goreng dan choclate cake. Pisang dia rangup sebab salut dengan breadcrumb. Boleh cuba resipi ini sebab sedap sangat.
Dalam jam 5 petang macam itu kami baru gerak dari Rinjani Lodge ke hotel. Dalam perjalan ke hotel, Pak Dedy sempat bawa kami ke kedai untuk shopping.
Walaupun tempat ini agak mahal tetapi kualiti bajunya sangat bagus. Borong habis beli untuk diri sendiri dan anak buah.
Di lobi hotel
Bukan main landing dia. Macam penat sangat. Haha
Lepas makan malam kami pulang ke hotel dan rehat.
Aktiviti hari keempat di SINI
Boleh lihat aktiviti hari kedua di SINI
Love, DianaKamal
No comments:
Post a Comment