Monday, March 26, 2018

Hari Kelima di Lombok, Indonesia

Assalamualaikum w.b.t

Hari Kelima di Lombok, Indonesia (14.3.2018)

Hari kelima kami  pulang ke Kuala Lumpur. Kami brekafast di hotel terlebih dahulu. Kami meluangkan banyak masa untuk menikmati hotel ini dengan breakfast sebanyak mungkin. Haha. Breakfast di hotel ini secara buffet. Memang kami betul-betul menikmati makanan di sini.

Muka gembira dapat makan buffet.

Kami kena berkumpul di lobi jam 9 pagi. Flight kami ke Kuala Lumpur pada jam 12.15pm. Jadinya kami harus tiba di airport paling lewat jam 10.30am.

Sebelum pulang kami ambil gambar di sekitar hotel untuk merasa keindahan hotel. Sebenarnya kami tidak puas lagi duduk di hotel tersebut kerana jadual kami terlalu padat. Kami nak bawa anak-anak mandi swimming pool pun tidak sempat.






Jika anda yang tidak sempat untuk shopping di Sengigi, anda boleh shopping di airport lombok sementara tunggu masuk flight. Harga di airport berpatutan juga

Kedai ini berhadapa cofee bean tidak silap. Airport Lombok ini tak besar macam KLIA jadinya memang senang jumpa. haha.

Itu sahaja pecutian kami selama 5 hari 4 malam di Lombok, Indonesia. Mungkin kami akan datang lagi siapa tahu sebab memang tidak puas pusing Lombok lagi. 


Hari keempat boleh lihat di SINI

Love, DianaKamal

No comments: