Monday, March 26, 2018

Hari Keempat di Lombok, Indonesia

Assalamualaikum w.b.t

Hari Keempat di Lombok, Indonesia ( 13.3.2018)

Aktiviti kami pada hari keempat ialah pergi ke Pink Beach

Kami sudah siap dari hotel jam 4 pagi. Cuba banyangkan pukul  4 pagi dah siap-siap nak ke Pink Beach sebab orang kata untuk nampak pink pantai tu bila sunrise. Kami keluar je dari bilik, Pak Dedy dah tunggu di luar untuk jemput kami. Memang sangat tepati masa. Dari hotel ke jetty mengambil masa 2 jam dan dari jetty menggunakan slow boat  ke pink beach selama lebih kurang 1 jam.

Dalam perjalan ke pink beach, kami  berhenti di tengah laut. Cuba bayangkan di tengah laut ada pasir seperti di tepi pantai. Kami berhenti untuk mengambil gambar sebelum meneruskan perjalanan ke pink beach.
  

Sampai sahaja di Pink Beach memang tiada ada orang langsung. Kami breakfast terlebih dahulu di bangsal yang berada di tepi pantai. Breakfast kami disediakan oleh pihak hotel.


Sangat bagus perkhidmatan mereka. Selepas breakfast kami dibawa  naik ke atas bukit untuk melihat pemandangan Pink Beach. Memang sangat cantik.


 Lepak dahulu sementara menunggu untuk aktiviti seterusnya

Pink beach untuk nak nampak pinknya memang tak nampak dengan mata kasar tetapi kalau ambil gambar boleh nampak pinknya di pasir. Jangan salah sangka bukan air lautnya pink tapi pasir pantai tu yang boleh nampak pink.


Nampak tidak pinknya di persisir pantai tu. Kalau tidak nampak pendek umur. Haha


Kalau di pasirnya boleh nampak warna merah-merah macam tu. Pasir di pink beach ni sangat-sangat lembut tidak seperti pasir di pantai yang biasa kita pergi. Memang best rasa kalau pijak.

Selepas puas ambil gambar, kami di bawa untuk snorkeling lagi. Waktu ini boleh lihat coral yang sangat cantik dan ikan. Kami jumpa starfish dan lobster juga.


Paksa anak untuk snorkeling juga walaupun meraung. Haha


Starfish ni masih hidup lagi. Lepas bergambar kami lepaskan di dalam laut kembali. 

 Lepas snorkeling kami makan tengahari. Masakan tengahari disediakan oleh penduduk di sana. Mereka tangkap ikan fresh dan terus masak. Memang sangat puas hati. Bila masing-masing lapar dah macam pirana bila makan.


Nampak menyelerkan tapi memang sedap pun. 

Selepas puas menghabiskan masa hampir satu hari di pink beach kami pulang ke hotel. Dalam perjalanan ke hotelkami singgah untuk shopping pula. 

Waktu malam pula, kami cari makan di Sengigi. Disebabkan sudah kelaparan dan survey harga kedai makan yang ada disekitarnya, kami pilih untuk makan pizza pula. haha. Tidak ingat kedai mana tetapi berhampiran dengan hotel kami. 



Kedai ini memang ada menyediakan ruang untuk budak-budak. Jadinya ibu bapa senang nak makan. 

Selepas makan malam kami pulang ke hotel. Sebelum masuk ke bilik, saya pergi urut kaki terlebih dahulu. 

Hotel yang kami duduk menyediakan perkhidmatan 10 minit percuma untuk urut kaki bagi setiap pelanggan yang duduk di hotel tersebut. Jika ingin tambah masa perlu tambah duit juga. Setelah satu hari berjalan memang sangat puas bila dapat urut kaki.


Aktiviti hari kelima di SINI



Hari ketiga boleh lihat di SINI

Love, DianaKamal

No comments: