Memandangkan sejak kebelakangan ni aku asyik kongsi resipi je, hari ini aku nak kongsi cerita sikit. cerita ni dua tahun lepas punya kisah waktu aku nak kahwin. Bila tarikh kahwin nak dekat mesti rasa teruja kan. Jadi banyak persiapan yang dilakukan untuk pastikan majlis berjalan lancar. Bagi aku pulak, mula-mula memang tak ada rasa teruja pun. Korang nak tahu sebab apa? Sebabnya ada benda telah berlaku dekat diri aku beberapa hari sebelum hari nikah. Nak tahu apa.. ni haaa aku tunjuk. Korang nak tahu macam mana boleh timbul? Sebabnya aku buat facial 1 minggu sebelum kahwin. Yelah masa buat facial kan dia ada picit jerawat yang kecik-kecik tu, jadi orang yang buat facial tu pergi picit jerawat baru nak timbul memang bengkak la jadinya. Memang waktu ni rasa menyesal pergi facial lambat-lambat. Kononya orang kata buat facial nampak seri kahwin. Kah! boleh tengok serinya kat gambar bawah ni.
Cuba korang tengok dekat atas kening aku dengan atas bibir aku tu. Ada 2 ketul jerawat tumbuh di saat-saat hari nikah aku. Waktu ni 4 hari sebelum nikah. Aku punya gelabah la macam mana nak hilangkan jerawat ni. Macam-macam petua aku pakai termasukla guna bedak sejuk tetap tak jalan. Aku rasa macam nak menangis, rasa nak tunda tarikh nikah, rasa macam kenapa la waktu ni kau nak timbul jerawat oiii. Stress tu jangan cakap la. Siang malam pikir macam mana nak hilangkan jerawat ni. Lepastu aku search la macam mana nak hilangkan jerawat dalam masa beberapa hari. Yelah waktu ni pun tak banyak masa dah. Ada lagi 2-3 hari je nak hilangkan. Bila aku seacrh aku jumpa org cadangakan pakai benda ini
Haaa tea tree oil ni. Orang kata benda ni boleh cepat kecutkan jerawat. |
Hari kejadian pun telah tiba. Waktu ini aku dah cakap dengan makeup artist tu tolong cover jerawat aku ni. Masa dia makeup asyik pikir ok ke tak, nampak ke tak jerawat aku dan macam-macam la pikir selama 2 jam dia makeup. Fuh! lama tu 2 jam mungkin sebab nak cover jerawat punya pasal. haha. Dan lepas makeup ni la hasilnya
Ni waktu nikah |
Ni waktu sanding |
Lepas tengok gambar-gambar kahwin rasa lega sikit dapat tutup semua yang ada dekat muka ni. Haha. Jadi nak pesan kat sini beberapa hari sebelum tarikh pernikahan tu atau sanding ke jagalah makan minum dan kesihatan.Kalau sesiapa nak buat facial tu buat la awal sikit jangan seminggu sebelum tarikh perkahwinan baru buat. Dapat macam kulit aku yang sensitif ni memang tak boleh buat apa dah kalau jadi beberapa hari sebelum hari perkahwinan. Hanya mampu cover dengan makeup sahaja.
Korang rasa mana yang ok makeupnya. Waktu nikah atau sanding?
Love, DK
No comments:
Post a Comment