Tuesday, October 31, 2017

Keajaiban Makeup



Assalamualaikum W.b.t

Memandangkan sejak kebelakangan ni aku asyik kongsi resipi je, hari ini aku nak kongsi cerita sikit. cerita ni dua tahun lepas punya kisah waktu aku nak kahwin. Bila tarikh kahwin nak dekat mesti rasa teruja kan. Jadi banyak persiapan yang dilakukan untuk pastikan majlis berjalan lancar. Bagi aku pulak, mula-mula memang tak ada rasa teruja pun. Korang nak tahu sebab apa? Sebabnya ada benda telah berlaku dekat diri aku  beberapa hari sebelum hari nikah. Nak tahu apa.. ni haaa aku tunjuk. Korang nak tahu macam mana boleh timbul? Sebabnya aku buat facial 1 minggu sebelum kahwin. Yelah masa buat facial kan dia ada picit jerawat yang kecik-kecik tu, jadi orang yang buat facial tu pergi picit jerawat baru nak timbul memang bengkak la jadinya. Memang waktu ni rasa menyesal pergi facial lambat-lambat. Kononya orang kata buat facial nampak seri kahwin. Kah! boleh tengok serinya kat gambar bawah ni.

Cuba korang tengok dekat atas kening aku dengan atas bibir aku tu. Ada 2 ketul jerawat tumbuh di saat-saat hari nikah aku. Waktu ni 4 hari sebelum nikah. Aku punya gelabah la macam mana nak hilangkan jerawat ni. Macam-macam petua aku pakai termasukla guna bedak sejuk tetap tak jalan. Aku rasa macam nak menangis, rasa nak tunda tarikh nikah, rasa macam kenapa la waktu ni kau nak timbul jerawat oiii. Stress tu jangan cakap la. Siang malam pikir macam mana nak hilangkan jerawat ni. Lepastu aku search la macam mana nak hilangkan jerawat dalam masa beberapa hari. Yelah waktu ni pun tak banyak masa dah. Ada lagi 2-3 hari je nak hilangkan. Bila aku seacrh aku jumpa org cadangakan pakai benda ini 

Haaa tea tree oil ni. Orang kata benda ni boleh cepat kecutkan jerawat.
Lepas terpengaruh dengan review orang cadangkan tea tree oil ni aku terus pergi watsons cari oil ni la. Apa lagi lepas beli terus letak dekat tempat jerawat. Cara pakai titikan je tempat jerawat dan biarkan beberapa minit. Keesokan harinya bila aku pakai ni dia memang mengecutkan jerawat tetapi jerawat aku warna hitam. Rasa macam terbakar dah muka aku ni. Aku rasa menyesal ya amat letak benda alah ni. Dari jerawat merah biasa terus jadi hitam lepastu macam bengkak. Mungkin itu proses untuk mengecutkan jerawat rasanya. Aku memang tak senang duduk dah. Rasa menyesal ya amat dah waktu ini. Gambar di bawah hasil dari pakai tea tree oil. Walaupun dah kecut tapi kesan yang mendalam dia tinggalkan. Waktu ini 1 hari sebelum nikah. Rasa macam tak tahu nak sorok dekat mana muka ni.

Hari kejadian pun telah tiba. Waktu ini aku dah cakap dengan makeup artist tu tolong cover jerawat aku ni. Masa dia makeup asyik pikir ok ke tak, nampak ke tak jerawat aku dan macam-macam la pikir selama 2 jam dia makeup. Fuh! lama tu 2 jam mungkin sebab nak cover jerawat punya pasal. haha. Dan lepas makeup ni la hasilnya 

Ni waktu nikah
Waktu nikah dan waktu sanding makeup artist lain-lain. Untuk sanding keesokan harinya pun aku pesan benda yang sama untuk cover jerawat tu.

Ni waktu sanding 
Lepas tengok gambar-gambar kahwin rasa lega sikit dapat tutup semua yang ada dekat muka ni. Haha. Jadi nak pesan kat sini beberapa hari sebelum tarikh pernikahan tu atau sanding ke jagalah makan minum dan kesihatan.Kalau sesiapa nak buat facial tu buat la awal sikit jangan seminggu sebelum tarikh perkahwinan baru buat. Dapat macam kulit aku yang sensitif ni memang tak boleh buat apa dah kalau jadi beberapa hari sebelum hari perkahwinan. Hanya mampu cover dengan makeup sahaja.

Korang rasa mana yang ok makeupnya. Waktu nikah atau sanding?

Love, DK



Monday, October 30, 2017

Resipi Ayam Masak Kicap Berkuah

Assalamualaikum W.b.t

Hari ini aku nak kongsi masakan yang sesuai untuk anak-anak pulak. Pasti anak-anak akan suka lebih-lebih lagi bila berkuah. Aku sendiri pun suka makan lauk yang berkuah. Baru nikmat dan yang pasti resipi ini mudah dan lazat.

Resipi Ayam Masak Kicap Berkuah


Bahan-Bahan
1. Ayam (goreng bersama kunyit terlebih dahulu)
2. Bawang Besar* (Potong setengah. setengah untuk kisar setengah lagi dihiris bulat)
3. Bawang Putih*
4. Halia*
5. Bunga Lawang
6. Kulit kayu manis
7. Kentang
8. Tomato
9. Cili Api (Kalau nak pedas boleh letak banyak)

Kisarkan bahan yang bertanda

    

10. Sos tiram
11. Kicap
12. 3 cawan air (nak kuah banyak boleh letak air lebih)

Cara-caranya.
1. Tumis bahan yang bertanda bersama bunga lawang dan kulit kayu manis
2. Masukkan air
3. Masukkan sos tiram dan kicap
4. Masukkan kentang dan biarkan sehingga empuk
5. Selepas kentang empuk masukkan ayam, tomato, cili api dan bawang yang telah dihiris tadi
6. Bairkan masak seketika dan siap!


Garam dan gula tak perlu lagi sebab masin dan manis dari sos tu dah ada
Selamat mencuba resipi mudah ini.

Love, DK

Friday, October 27, 2017

Resipi Pisang Goreng Rangup

Assalamualaikum W.b.t

Ada sesiapa peminat pisang goreng? Hari ini aku nak kongsi resipi pisang goreng yang mudah dan sedap macam makcik-makcik jual dekat tepi jalan tu. :D Yang pasti bahan-bahan yang aku akan kongsikan ini pasti ada dirumah.

Resipi Pisang Goreng Rangup



Bahan-bahan:

1. Pisang (Aku guna pisang nangka)
2. 2 senduk tepung gandum
3. 1 sudu makan planta / majerin
3. 1 biji telur
4. Garam
5. Gula
6. Air

Cara-caranya:
1. Masukkan tepung, planta, telur, garam dan gula
2. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati serta masukkan air sedikit demi sedikit. Aku campurkan air biasa dan air panas (air panas untuk bagi rangup). Boleh rujuk gambar dibawah


3. Tunggu minyak panas, ambil pisang celupkan dalam tepung dan masak.
4. Masak sehingga pisang menjadi kekuningan dah boleh angkat. Siap!




Pisang goreng panas-panas makan dengan aiskrim pun sedap ok. Selamat mencuba.

Love, DK

Wednesday, October 25, 2017

#ShopeeMallMY Review

Assalamualaikum W.b.t

Hari ini aku nak kongsi mengenai  laman web shopping yang harga paling murah korang boleh dapat dari tempat lain dan juga barang-barangnya sangat berkualiti. Selain itu korang tak perlu bersusah payah nak pergi ke kedai ke shopping mall yang hanya membazir masa dan yang paling penting tak perlu bersesak dengan parking. Laman web ni pun dah rasa macam dekat shopping mall kalau korang tengok

#ShopeeMallMY

Haaa namanya Shopee. Korang hanya masuk laman web #ShopeeMallMY dan boleh cari barang yang hendak dibeli. Dari segala kelengkapan rumah, barang bayi, pakaian dan barang-barang lain juga boleh didapati di #ShopeeMallMY dengan harga yang berpatutan.

Aku nak kongsi barang yang aku beli di #ShopeeMallMY dan harganya korang tak akan percaya tengok.

Botol air budak ni hanya RM 7.87 sahaja. Kualiti sangat baik. Walaupun dicampak dari atas meja tetap masih boleh digunakan. Tiada bocor mahupun rosak. Rating aku bagi di shopee 4/5

Diaper baby untuk mandi swimming pool. Cuba tengok harga tu untuk 1pcs. Tak terbeliak ke tengok. Kebanyakan penjual online yang jual diaper ni dalam harga RM15 ke atas untuk 1pcs. Jadi di shopee ni sangat murah. Kualitinya sangat bagus dan tiada koyak atau rosak bila sampai. Rating akubagi di shopee 5/5

Haa Untuk ibu-ibu di luar sana yang masih menyusukan anak, aku sarankan untuk beli milk collector ini. Dia punya kualiti sangat bagus. Aku sendiri cuba sangat mudah untuk menggunakannya. Memang akan dapat 2pcs seperti dalam gambar. Murah kan! Rating aku bagi di shopee 5/5


Untuk ibu-ibu yang menyusu badan, lepas beli milk collector beli nursing bra ini pulak. Waktu ini shopee tengah buat SALE. Tengok harga tu rasa macam tak percaya. SALE GILA orang kata. Aku terus beli 2pcs. Mana nak cari harga tu di kedai. Kualitinya sangat bagus. Aku jenis basuh guna mesin basuh. Memang tahan lasak la nursing bra ni. Rating aku bagi di Shopee 4/5

Jom semua shopping di #ShopeeMallMY. Shopee memang selalu buat SALE. Nak dikatakan setiap hari ada SALE. Selamat membeli belah!

Love, DK

Tuesday, October 24, 2017

Western Cuisine Taman Bukit Cheras

Assalamualaikum W.b.t

Minggu lepas aku dan suami bawa anak  pergi main taman. Jadinya suami aku cadangkan nak pergi Taman Tasik Sri Permaisuri. Cuba korang bayangkan bertapa jauhnya dari rumah kitorg Puchong ke Tasik Sri Permaisuri. Waktu tu pun dah petang. Sampai sana lebih kurang jam 6 petang. Lepas beriadah apa lagi, cari tempat makan la. Aku nak recommend satu tempat makan yang menarik, murah dan lagi sedap.

Western Cuisine Taman Bukit Cheras

Kalau tengok gerai ni, gerai ni dekat tepi jalan je. Walaupun tepi jalan tapi makananya sedap! Aku order chicken chop sebab menurut suami aku chicken chop dekat sini sedap. Jadinya, aku kena cuba la kan tengok sedap ke tak. Haaa harga pun tak mahal sangat. Boleh rujuk menu di bawah




Ini la chicken chop yang digembar-gemburkan oleh suami aku katanya sedap. Bagi aku ok la. Dia punya ayam lembut, kentang pun sedap macam MCD, Sosej walaupun nampak macam tu tapi sedap sebab tak berminyak sangat. Sos dan sayurnya pulak rasa masam manis. Ini yang satu kelainan bagi aku. Aku  bagi 7.5/10 sebab harga dia setanding dengan portion yang dihidangkan. 

Love, DK

Monday, October 23, 2017

Resipi Ikan Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum W.b.t

Hari ini aku nak kongsi resipi ikan masak lemak cili api. Resipi ni campak-campak je dan yang paling ringkas. Semua bahan ni pasti ada di dalam peti ais anda.

Resipi ikan masak lemak cili api

Bahan-bahan:
1. Kunyit hidup*
2. Cili api*
3. Serai





















Bahan yang bertanda dikisar atau ditumbuk,

4. Santan 1 kotak
5. 4-5 biji limau kasturi
6. Ikan Selar (ikan lain pun boleh tapi masa ni ikan ini je yang ada dekat rumah)
                     


Cara-caranya:

1. Masukkan santan (Untuk aku guna setengah kotak sahaja sebab untuk 1-2 orang makan)
2. Masukkan 2 cawan air
3. Masukkan bahan yang telah dikisar beserta serai. Kacau sehingga mendidih
4. Kemudian masukkan ikan
5. Perasakan dengan garam dan gula dan kacau sehingga benar-benar masak
6. Akhir sekali tutup api dan perah limau kasturi. Siap!



Mudahkan resipi ini. Selamat mencuba

Love, DK

Sunday, October 22, 2017

Resipi Ayam Paprik tanpa Sayur

Assalamualaikum W.b.t

Harini nak kongsi resipi ayam paprik tanpa sayur. Untuk mereka yang tidak suka sayur boleh cuba resipi ini. Suami aku memang bukan penggemar sayur jadi aku kena masak lauk yang tak ada sayur. aku ni pulak penggemar sayur jadi nak masuk sayur untuk makan sorang sahaja la. Ok ni resipinya yang sangat mudah

Ayam Paprik tanpa sayur

Bahan utama iaitu ayam yang telah dipotong dadu


Bahan-bahan
1. Bawang besar                     
2. Bawang putih                       
3. Halia
4. 1 biji tomato
5. 5-6 helai daun limau purut yang telah diracik


6. Cili kering beberapa tangkai (Kisar cili kering ini dengan air sahaja)
7. 2-3 sudu makan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos ikan

                        

Cara-caranya

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan
2. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga masak
3. Masukkan ayam 
4. masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sos ikan serta masukkan sedikit air
5. selepas mendidih masukkan tomato dan daun limau purut. Siap!!


*kalau nak pedas masukkan cili api sikit
* tak perlu garam dan gula kerana semua bahan sos tu dah ada perasa yang lengkap

Aku kalau masak ikut citarasa sendiri je. Orang kata campak-campak. 

Ok jumpa lagi. Aku akan berkongsi resipi mudah dan paling penting bahan yang tersedia ada dekat rumah. 

Love, DK



           

Friday, October 20, 2017

Burger Jalanan


Assalamualaikum w.b.t

Malam ni aku rasa tak sihat pulak. selesema sebab berjangkit dengan suami aku la ni. lepas balik dari kerja terus macam biasa layan anak aku dulu lepastu terus gerak pergi rumah mak mertua aku. Mak mertua aku buat donut. Dia dah call suruh datang nak bagi donut. Memandangkan harini jumaat dan esoknya cuti boleh singgah sekejap. Konon malam ni aku dengan suami aku kenyang nak makan makanan ringan je alih-alih balik dari rumah mak mertua masing-masing kelaparan.

Suami aku ni pulak teringin makan burger tepi jalan jadi singgah la beli burger area rumah kami. aku pun dah lama tak makan burger simple ni.

Haa ni la gerainya. Aku kalau kedai macam ni memang cepat tertarik. 


Sebenarnya makan burger yang simple macam ni lagi sedap dan mengenyangkan sebabnya murah boleh beli 2 ke 3 ketul. Perut kenyang hati senang. Ok dah boleh tidur. Jumpa lagi semua:)

Love, DK

Kembali Lagi

Assalamualaikum W.b.t

Dah berhabuk blog aku ni haa. Last update tahun 2012. Sekarang aku sibuk dengan kehidupan mak-mak. Sibuk dengan kerja, nak uruskan suami dengan anak lagi. Alhamdulilah dah 2 tahun usia perkahwinan aku. Jadi aku nak kongsi la gambar perkahwinan aku. Throwback 2 tahun lepas. Bila tengok gambar rasa macam nak sanding lagi. hehe
ni haa suami aku Muhammad Farid. Seorang yang suka menyakat bininya. 

Fuhh main terbang terbang pulak

ni kawan sekolah. orang kahwin nak ada bridesmaid, kita pun nak ada juga. haha

alahaii, colorful je tengaok gambar ni

Aku dah ada seorang anak. Dian Fakhira namanya. Dia dah umur setahun pun. Cepat sangat masa berlalu. Sekarang ni pun aku sibuk dengan dia. Balik dari kerja terus layan dia sampai aku tak boleh nak masak. Memang kena mengadap dia je la. 

Ni la budak bertuah tu. haihh rasa nak kunyah je dia ni

Inilah kehidupan aku sekarang. Alhamdulilah dengan rezeki-NYA. Jumpa lagi semua

Love, DK