Thursday, August 9, 2018

Dian Fakhira 2 Tahun

Assalamualaikum W.b.t

Selamat Hari lahir buat anakku Dian Fakhira Binti Muhammad Farid yang ke 2 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah, mendegar kata dan bijaksana.



Hari ini genap umur anakku 2 tahun. Rasanya dah boleh berhenti breastfeed (bf) kot tapi Dian tidak mahu berhenti lagi. Nak buat macam mana. Korang ada tips tidak? nanti kongsikan ya cara untuk wean-off.

Bersempena Dian 2 tahun hari ini saya nak cerita pengalaman 2 tahun lepas semasa melahirkan dia. Waktu itu orang kata nak ambil gambar di hospital ke apa memang tidak terfikir langsung sebabnya waktu itu fikir sakit sahaja. huhu. Nak diikutkan due date saya bersalin pada 7/8/16 tapi Dian tidak mahu bagi kerjasama pula untuk keluar jadinya doktor bagi masa seminggu untuk admit. Kalau tidak kena induce.

6/8/2016 : Waktu ini ajak suami pergi pusing Sunway Pyramid. Setiap wing dan floor pusing berjalan. Berjalan tanpa henti ok. Orang kata kalau banyak jalan cepat bersalin sudahnya tidak bersalin juga. Balik rumah memang kaki sakit sangat.

7/8/2016: Hari yang ditunggu. Sepatutnya bersalin la waktu ini kan tapi tidak juga. Saya asyik fikir sahaja bila nak rasa datang sakit tu. Jadinya waktu ini suami ajak teman pergi main bowling dengan kawan-kawan dia dekat The mines. Saya pun ok la sebabnya tiada rasa sakit lagi. Kawan-kawan suami tanya bila due date then cakap la harin ini due date. Terkejut juga la diorang sebabnya mana tahu takut  terberanak dekat tempat bowling tu.

8/8/2016: Pergi checkup dekat Klinik Desa Pulau Meranti. Jumpa doktor untuk scan baby. Waktu ini memang tiada masalah. Kemudian doktor beri masa seminggu kalau tidak bersalin juga memang kena induce. Waktu ni memang rasa tertekan betul sebabnya tidak bersalin lagi. Cuba bayangkan orang yang sama due dengan saya atau lebih lewat dari saya semuanya dah beranak. Memang gelabah rasa. Haha. Lepas itu bagitahu bos kata saya nak cuti  sebab  tertekan tidak beranak lagi. Boleh pulak mcam itu kan. Lepas checkup baby berehat dirumah. Di rumah cari tips macam mana nak bagi datang rasa sakit tu. siang tu buat la skuad, jalan itik, ketuk ketampi bagai. Lepas dah bersenam tu buat air milo campur majerin (baca tips dekat info ibu hamil) kemudian minum. Lepas itu suami buatkan air selusuh. Ambil 1 botol air mineral kemudian suami bacakan surah ikut ayat dalam internet. Tak pasti la betul ke apa dia baca tu. Haha. Lepas dah baca semua tu ambil air tu sapu kat perut. Saya tak berani pulak nak minum. Lepas waktu solat sujud lama-lama kemudian usap-usap perut cakap dengan baby sila beri kerjasama. heee. Dah selesai semua buat tips itu berserah dan tawakal sahaja.

9/8/2016: 3 am: Waktu ni dah mula rasa sakit perut. Rasa macam ini adalah masanya. Haha. Kejutkan suami cakap sakit perut kemudian tengok jam sakit selang berapa minit terus suruh suami siap-siap nak pergi hospital. Siap mandi semua ok dalam pukul 4 -5 pagi macam tu biarpun kesejukkan teruk. Terus masukkan bag dalam kereta. Tidak lupa  air selusuh juga bawa. Mana tahu berguna nanti.

                5 am: Terus gerak ke Hospital Putrajaya. Dalam kereta dah siap-siap minta maaf dengan suami. Haha. Sampai sahaja dewan bersalin bagi buku pink dekat nurse kemudian nurse check dah buka 2cm. Terus kena admit wad. Saya ambil (FPP), ambil package ni wad memang akan disediakan dan suami boleh teman bermalam. Tidak perlu tunggu giliran jika wad penuh.

               7 am: Masuk wad sambil ditemani suami. Suami pergi beli roti untuk breakfast pun suruh dia pergi cepat-cepat sebabnya takut nak tinggal sorang. Bukan apa  takut nak terberanak ke apa nanti senang ada orang dekat tolong. Haha. Waktu ini contraction tu dah rasa sakit sangat. Minta nurse ubat tahan sakit (dia cucuk dekat peha ke kat punggung tidak silap). Memang ada rasa kurang tapi tidak boleh nak tidur. Tidur-tidur ayam macam tu. Setiap 2 jam nurse akan datang tengok kekerapan contraction kita dan tanya baby gerak ok ke tidak waktu itu. Waktu itu semuanya ok. Lepas itu ajak suami jalan-jalan satu hospital. Turun tingkat bawah guna tangga ok. Punya gagah nak bagi bukaan cepat. Tidak cukup pusing 1 hospital kita pusing 1 wad pulak. Macam-macam cara nak bagi bukaan cepat. Air selulusuh tadi  sapu kat perut tapi tidak minum, selebihnya suami yang minum sebab dia haus sangat. Minum sampai habis ok. Hahaha.

              6 pm: Minta suami panggilkan nurse sebab rasa sakit tu makin kerap. Nurse check bukaan dah 4 cm terus kena tolak ke labor room. Sebelum ke labor room nurse masukkan ubat dalam punggung supaya kita buang air besar dulu tanpa teran. Nurse dekat kaunter minta simpan semua barang. Suami paling kalut. Lepas bersalin naik wad beg duit dia hilang. Menggelabah la tapi dia rileks je rupanya beg duit dia dekat kaunter nurse tolong simpankan sebabnya dia letak merata.

           7.30pm:  Masuk labor room. Dah siap tukar baju semua suami masuk sambil teman dekat sebelah. Masa ni memang rasa tidak tahan sangat . Lepas itu ada doktor sarankan ambil epidural siap suruh baca pamphlet pasal epidural. Dah la sakit waktu ni boleh pula dia suruh membaca. Saya ambil lepastu letak tepi panggil husband suruh cakap dengan nurse nak ambil epidural sebab sakit sangat. Tak tahu apa yang lama sangat nurse buat dekat luar sampai  tidak sempat ambil epidural sebabnya bukaan dah lebih 5cm. Redha je waktu ini. 2 hingga 3 orang nurse masuk check bukaan dah 8-9cm. Waktu ini nurse siap cakap dekat kawan dia kalau pesakit ni pandai teran boleh keluar baby terus . Waktu dengar tu terus rasa nak teran tapi apakan daya anak pertama tidak reti lagi kena tunggu doktor juga sampai. Saya siap cakap lagi kat nurse kata nak poo poo..pastu nurse kata tak apa poo poo la. Dengar macam tu terus terkeluar poooo. Haha. Nasib baik nurse tu tolong lapkan. Malu rasa sebabnya memang rasa nak buang air besar tapi tidak lepas. Macam poo poo keras.

          9.40pm: Lahir la anakku dengan beberapa kali teran tidak tahu la. Nurse kiri kanan bagi semangat termasuk suami. Masa meneran pernafasan tercungap-cungap juga la. Siap kena marah dengan doktor. Diana! listen to me. Haha. Degil sangat orang suruh teran jangan buka mulut kita pergi buka mulut sampai suara serak gitu. Lepas itu baby dan suami pun keluar. Nurse suruh suami sebut jantina anak lelaki ke perempuan dengan kuat untuk kepastian. Haha. Saya dalam labor room waktu tu kena jahit. Menggeletar la juga peha kena jahit hidup-hidup. Dah uruskan semua itu nurse masuk labor room bawakkan air milo panas kemudian terus masuk wad dengan baby. Memang rasa letih sangat.


fresh from oven orang kata


Selepas jam 10.30pm keluar labor room bermula kehidupan kami sebagai ibu bapa. Waktu dalam pantang memang tidak cukup tidur.



Dian waktu dalam pantang


Waktu ni raya haji. Mama dalam pantang pun nak beraya juga ok. 

Untuk makluman Dian ni anak bapak ok. Memang anak perempuan rapat dengan bapak ke. Hmmm..







Lepas ini saya akan cerita perjalanan menyusukan anak sehingga 2 tahun pula. Masih mencari jalan untuk wean-off anak sebabnya makin besar makin nak berkepit dengan kita. Eh. dia ingat dia baby yang bf 2 jam terus. Haha.

Love, DianaKamal

No comments: