Friday, July 13, 2018

St.Ives Scrub


Assalamualaikum W.b.t

Semala saya terima sms dari pihak GDEX yang mengatakan "our ride is on the way to deliver your shipment". Waktu ni dah pelik sangat sebabnya saya tiada beli barang kemudian tanya suami, dia pun tiada beli barang juga. Nak dijadikan cerita tiba-tiba barang dah sampai depan pintu office. Nama, alamat office dan no telefon memang betul dekat parcel tu. Memang teruja sangat nak buka sebab nak tengok apa dalamnya. Bila buka rupanya hadiah daripada ST.Ives Malaysia. Alhamdulilah rezeki tidak diduga.


Sebenarnya barang-barang semua itu berada dalam kotak kayu. Tapi saya terima dalam parcel kotaknya dah pecah mungkin semasa membuat penghantaran, pihak GDEX tidak sengaja merosakkan kotak kayu tu. Terdapat 4 item di dalam kotak tersebut iaitu:

1. Apricot scrub. Sejujurnya bau scrub ni sangat-sangat wangi. Bila biarkan dalam office pun, office boleh jadi wangi. Boleh lihat bertapa kuatnya bau scrub ni. Belum lagi pakaikan. Rasa nak makan pun ada. 


Boleh lihat texture scrub tersebut. 

2. Boarding pass. Sebenarnya pihak ST.Ives  ada buat pertandingan dimana sekiranya kita pakai scrub ni dan ambil gambar kemudian tag mereka di Instagram boleh berpeluang untuk pergi ke California. Belum cuba belum tahu. Mana tahu ada rezeki menang. Haha. Sekiranya menang, pihak ST.Ives akan menaja tiket pergi dan balik untuk dua orang dan menyediakan tempat tinggal untuk 6 hari 5 malam. 



3. Brochure scrub. Bukan Apricot scrub sahaja yang ada. Terdapat pelabagai jenis scrub dari ST.Ives ada iaitu untuk ENERGIZING ialah COCONUT & COFFEE SCRUB, GENTLE SMOOTHING ialah OATMEAL SCRUB & MASK, RADIANT SKIN ialah PINK LEMON & MANDARIN ORANGE SCRUB dan pelbagai lagi. 

4. Warna kuning seperti tuala tu ialah headband. Kalau kita nak cuci muka untuk mengelakkan dari comot terkena rambut boleh la gunakannya dan ianya serap air.

Pandangan saya mengenai produk ini sangat bagus dari segi texture dan baunya sangat wangi. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan mana-mana scrub. Kebetulan pihak ST.Ives Malaysia memberi scrub ini dan saya cuba terus rasa jatuh cinta dengan produk ini. Saya akan menggunakannya sebaik mungkin dan ingin melihat keberkesanannya. Terima Kasih ST.Ives Malaysia. Saya amat menghargainya. #StivesMalaysia #Turnuptheglow



Love, DianaKamal

No comments: