Monday, August 27, 2018

Jalan-Jalan ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum W.b.t

Entri kali ni saya nak bercerita mengenai perjalanan kami ke Pulau Pangkor, Perak. Kami pergi ke Pulau Pangkor 1 hari sahaja. Pergi jam 11am dan pulang jam 6.00pm. Perjalanan kami ke Pulau Pangkor pun tidak dirancang sebab itu 1 hari sahaja. Nak diikutkan 1 hari pun dah cukup untuk pusing satu Pulau Pangkor sebab tidak terlalu besar. Lagipun kami tiada aktiviti seperti snorkeling atau aktivit air jadi kami tidak perlu membawa baju dan sebagainya.

11.00am : kami tiba di Jeti Lumut untuk membeli tiket. Di sana ada menyediakan parking kereta bertingkat. Jadi lebih selamat untuk letak kereta di sana. Hanya RM 0.60 untuk satu jam. Kami parking untuk 10 jam hanya perlu membayar RM 6. Tiket untuk ke Pangkor pula hanya RM 14 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 3 tahun percuma. Tiket ini memang untuk pergi dan balik. Jadi di Pulau Pangkor nanti tidak perlu beli tiket lagi untuk ke Lumut tapi waktu balik nanti jika tiket hilang perlu membayar RM 7. Feri jalan memang mengikut waktu yang ditetapkan. Setiap 45 minit memang sentiasa ada feri. Last feri jalan jam 7.30pm tak silap. Di kaunter tiket juga kami terus sewa van untuk 7 orang bagi memudahkan kami pusing-pusing Pulau Pangkor. Kami sewa untuk 1 hari sahaja sehingga 8.30pm. Nanti sampai Pangkor pun memang ramai yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta, motor atau van. Di sana juga ada teksi van jika pergi berkumpulan tetapi saya sarankan kalau pergi berkumpulan lebih baik sewa kereta dari naik teksi.


11.15: Waktu feri berlepas. Waktu ini memang tidak ramai orang. Sejuk pula tu di dalam feri. Memang selesa dan luas. 


Bergambar di atas feri


Geng jelajah Pulau Pangkor


11:40am: Kami tiba di Pulau Pangkor. Naik feri ke Pulau Pangkor tidak mengambil masa yang lama. hanya 10-15 minit sudah sampai. Sampai sahaja di Pulau Pangkor, pemilik van sewa sudah tunggu dan menyerahkan kunci.

12:00pm: Kami jalan-jalan di Pulau Pangkor hanya menggunakan peta yang diberi dari kaunter tiket  Lumut tadi. Senang sahaja ikut peta sebab Pulau Pangkor ini kecil. Di sana terdapat 2 stesen minyak sahaja iaitu Buraq Oil.

12.30pm: Lokasi pertama kami di Fu Ling Gong Temple. Mengikut kakak di kaunter Lumut, tempat ini adalah tarikan pelancong. Tempat ini memang cantik untuk bergambar tapi kena tahan panas la. Kami sanggup redah demi gambar tercantik.






1.30pm: Kami pergi makan tengah hari. Kami makan di Hasanah Corner. Senang sahaja cari lokai kedai ni. Kami waze terus sampai. Haha. Kedai ini berhampiran Pekan Pangkor. 

2.30pm: Kami singgah di masjid terapung. Nama masjid ini Masjid Al Badr Seribu Selawat. Memang cantik sangat masjid ini. Disebabkan kami tiada tempat menginap untuk berehat jadi kami berehat di masjid ini. Memang sesuai sangat untuk berehat. Pelancong selain agama Islam juga boleh masuk untuk bergambar tetapi kena pakai jubah yang disediakan. Konsepnya seperti Masjid Putrajaya





Ruang solat jemaah perempuan



Boleh berehat di luar ni. Anak-anak pun gembira.


Depan pintu untuk ruang solat jemaah lelaki


Nak diikutkan setiap dinding masjid ini memang ada ayat Al-Quran.

4.00pm: kami bergerak ke pantai untuk santai-santai. Saja nak bawa anak-anak bermain tepi pantai. Kemudian kami singgah makan di gerai yang berada di pesisir pantai. 





Boleh tahan masin laksa ni. Tapi disebabkan laksa tepi pantai habis juga la. Haha



6.00pm: Kami pulangkan van sewa kepada pemiliknya, kemudian kami pulang ke jeti untuk menaiki feri ke Lumut pada jam 6.30pm. 

Perjalanan satu hari ke Pulau Pangkor amat menyeronokkan tetapi amat penat jika pergi dan balik pada hari sama. Kami pergi pun last minute plan. Mungkin selepas ini kami ke Pulau Pangkor untuk bercuti santai dengan keluarga. Tetapi kali ini kena rancang betul-betul punya. Sehingga kita jumpa lagi Pulau Pangkor. 

Love, DianaKamal

No comments: