Friday, January 5, 2018

Shell Out Terbaik

Assalamualaikum W.b.t

Minggu lepas aku dan keluarga menyambut ulang tahun perkahwinan mak dan bapa mertua aku dan hari lahir bapa mertua sekali. Jadinya kami menyambut di kedai makan. Aku pun cadangkan di Abah & Son Lake field Sungai Besi. Aku tak pernah makan lagi dekat sana. Jadinya ini pertama kali jejak kaki ke sana.

Kedai Abah & Son ni berkongsepkan macam old school la lebih kurang. Banyak barang-barang motor entik dijadikan pameran. Haa lagi satu kedai ni ada radio yang masukkan token tu lepas itu kita pilih lagu yang nak dimainkan. Aku pun tak tahu nak panggil radio apa. Haha




Pelbagai pilihan makanan yang disediakan di kedai ini dari western ke masakan melayu. Kawan aku cadangkan  tomyam dan teh ais sebab katanya padu. Aku tak cuba pula. Hari itu kitorang makan shell out. Boleh tengok menu dan harga di gambar bawah.









Kami dah buat tempahan siap-siap. Jadinya bila sampai sahaja di kedai makanan pun dah siap terhidang. 


Ni dia pihak kedai sediakan untuk kami. Pelbagai jenis pilihan makanan laut ada. Setiap jenis makanan laut akan di masak mengikut berbeza citarasa. Ada masam manis, lada hitam, 3 rasa dan pelbagai lagi




Alhamdulilah kenyang dah. Memang aku makan kaut je apa yang ada depan mata. Dah tak pandang kiri kanan. Haha

Rating aku bagi 8/10

Boleh rujuk alamat di bawah

Abah & Sons Co Motocafe 62A, The Trillium, Lake Fields, Jalan Tasik Utama 7, Sungei Besi, Kuala Lumpur

Love, DianaKamal


No comments: