Assalamualaikum W.b.t
Alhamdulilah pada 16/1/2018 diriku ini telah memasuki usia 26 tahun. Pada 16hb hari tu suami aku bawa kami sekeluarga pergi dinner di kl tower. Kononya nak candle light dinner tapi ada anak ni bukan candle light dinner dah namanya. Aku memang teringin sangat nak pergi dinner di kl tower. Kononya nak tengok view kl waktu malam sambil dinner la. Dari tahun lepas lagi memang nak pergi, tahun ni suamiku tunaikan hajat juga bawa pergi dinner di sana. Thank you husband.
Restoran di kl tower tu namanya Atmosphere 360. Sebelum naik atas, kena pergi ke kaunter restoran Atmosphere 360 tu dahulu untuk daptkan tiket. Kalau korang tak tempah dan terus pergi untuk beli tiket memang tiada jaminan untuk dapat tempat makan.
Restoran ini terletak di Tingkat 2. Sebelum pergi ke tingkat 2, Kita akan dihantar ke tingkat 1 dahulu iaitu tempat observation dimana pihak kl tower akan ambil gambar anda sekeluarga. Diorang dah siapkan set untuk ambil gambar yang hanya menggunakan kamera diorang sahaja. Lepas ambil gambar korang boleh tengok view dari tingkat observation tu. Gamabr yang diambil tadi korang boleh beli RM 50 satu set, dapat keychain dan 1 keping gambar. Gambar itu berlatar belakangkan menara kl la. Kitorg masa itu tak beli pun.
Alhamdulilah pada 16/1/2018 diriku ini telah memasuki usia 26 tahun. Pada 16hb hari tu suami aku bawa kami sekeluarga pergi dinner di kl tower. Kononya nak candle light dinner tapi ada anak ni bukan candle light dinner dah namanya. Aku memang teringin sangat nak pergi dinner di kl tower. Kononya nak tengok view kl waktu malam sambil dinner la. Dari tahun lepas lagi memang nak pergi, tahun ni suamiku tunaikan hajat juga bawa pergi dinner di sana. Thank you husband.
Restoran di kl tower tu namanya Atmosphere 360. Sebelum naik atas, kena pergi ke kaunter restoran Atmosphere 360 tu dahulu untuk daptkan tiket. Kalau korang tak tempah dan terus pergi untuk beli tiket memang tiada jaminan untuk dapat tempat makan.
Tiket untuk pergi ke restoran |
Masuk sahaja jam 9pm kita akan terus pergi ke retoran di tingkat 2. Sebelum kita dapat meja, kita akan duduk di ruangan menunggu sebelum nama dipanggil. Untuk masuk restoran ini ada etika pakaian. Untuk lelaki mesti pakai seluar panjang dan baju berkolar serta berkasut. Kalau korang tidak ikut etika pakaian memang kena pakai kain pelekat macam ada pelancong arab ni dia pakai seluar pendek. Memang staff restoran itu pakaikan kain pelekat la. Untuk perempuan tiada masalah.
Waktu dinner tu korang akan rasa dia berpusing 360 la. Mula-mula tak rasa sangat berpusing. Aku pun tak perasan restoran tu berpusing. Lepas itu husband aku cakap rasa tak berpusing. Aku pun ambil masa nak rasa. Oh ye la berpusing. haha. Lama-lama duduk sana baru terasa pusing tu. Tapi tak ada sampai tahap pening kepala.
Untuk tempahan pula husband aku tempah melalui TabbleApp atau korang boleh terus telefon number di website Atmosphere 360 . Kalau melalui TabbleApp pun ok juga. Boleh rujuk gambar bawah kalau tempahan melalui TabbleApp
Untuk dinner, restoran ini menyediakan 2 sesi iaitu sesi 1 dari jam 6.30pm - 8.30pm dan sesi 2 dari jam 9.00pm - 11.00pm. Memang terhad 2 jam. Selepas sesi habis memang kena keluar dari restoran. Husband aku tempah sesi 2 iaitu bermula jam 9pm, jadinya memang sempat la kami bertolak dari Puchong lepas maghrib dalam 7.45pm. Kalau korang tempah jam 6.30pm pun ok sebabnya disana memang ada disediakan surau. Jadi tak perlu risau kalau nak solat maghrib di sana.
Restoran ini ada menyediakan lunch buffet, hi-tea dan dinner buffet. Jadinya harga setiap waktu itu berbeza. Boleh rujuk senarai harga dibawah.
Untuk dinner buffet pula, pelabagai makanan yang disediakan antaranya ialah malay cuisine, pelbagai jenis pasta, sushi, seafood, satay, lasagna dan pelbagai jenis dessert serta aiskrim.
Review aku untuk makanan disini 8.5/10. Makanannya sedap tapi tiada banyak pilihan. Bagi yang kaki makan tu memang terhad la nak pilih. Kalau untuk view malam memang bagi 5 bintang.
Untuk meja pula, pihak restoran akan tentukan kedudukan meja kita. Dapat juga meja menghadap view kl. Memang lawa sangat. Orang kata romantik la.
Kami menghabiskan masa di sini lebih kurang satu jam setengah juga. Semua makanan kami rasa sambil menikmati pemandangan malam.
To my husband. Terima kasih banyak-banyak belanja kami makan malam di sini. Lepas ni kita la pula kena balas balik time birthday dia.
Untuk korang yang nak pergi tu boleh la pergi sini untuk celebrate birthday ke, anniversary ke atau family gathering. Pergi sekali sekala boleh la dengan harga macam tu untuk dinner. Haha. Tapi kalau untuk lunch dan hi-tea murah sikit. Korang boleh check disini
Love, DianaKamal
Waktu dinner tu korang akan rasa dia berpusing 360 la. Mula-mula tak rasa sangat berpusing. Aku pun tak perasan restoran tu berpusing. Lepas itu husband aku cakap rasa tak berpusing. Aku pun ambil masa nak rasa. Oh ye la berpusing. haha. Lama-lama duduk sana baru terasa pusing tu. Tapi tak ada sampai tahap pening kepala.
Untuk tempahan pula husband aku tempah melalui TabbleApp atau korang boleh terus telefon number di website Atmosphere 360 . Kalau melalui TabbleApp pun ok juga. Boleh rujuk gambar bawah kalau tempahan melalui TabbleApp
Restoran ini ada menyediakan lunch buffet, hi-tea dan dinner buffet. Jadinya harga setiap waktu itu berbeza. Boleh rujuk senarai harga dibawah.
- Lunch Buffet: RM98 nett per adult, RM76 nett per child
- Afternoon Tea: RM65 nett per adult, RM54 nett per child
- Hi-Tea: RM76 nett per adult, RM55 nett per child
- Dinner Buffet: RM220 nett per adult, RM155 nett per child
Untuk dinner buffet pula, pelabagai makanan yang disediakan antaranya ialah malay cuisine, pelbagai jenis pasta, sushi, seafood, satay, lasagna dan pelbagai jenis dessert serta aiskrim.
Review aku untuk makanan disini 8.5/10. Makanannya sedap tapi tiada banyak pilihan. Bagi yang kaki makan tu memang terhad la nak pilih. Kalau untuk view malam memang bagi 5 bintang.
Aku ni memang peminat tegar salmon, jadinya starter aku terus salmon. haha. Memang bertambah-tambah la orang kata.
ni starter aku. memang tak boleh tahan tengok salmon tu. |
Untuk meja pula, pihak restoran akan tentukan kedudukan meja kita. Dapat juga meja menghadap view kl. Memang lawa sangat. Orang kata romantik la.
Kami menghabiskan masa di sini lebih kurang satu jam setengah juga. Semua makanan kami rasa sambil menikmati pemandangan malam.
To my husband. Terima kasih banyak-banyak belanja kami makan malam di sini. Lepas ni kita la pula kena balas balik time birthday dia.
Muka bahagia dapat dinner di sini sampai terkeluar double chin tu. haha |
Untuk korang yang nak pergi tu boleh la pergi sini untuk celebrate birthday ke, anniversary ke atau family gathering. Pergi sekali sekala boleh la dengan harga macam tu untuk dinner. Haha. Tapi kalau untuk lunch dan hi-tea murah sikit. Korang boleh check disini
Love, DianaKamal
No comments:
Post a Comment