Assalamualaikum W.b.t
Hari ini aku nak kongsi resipi cheeskut leleh. Dalam erti kata lain Cheese dengan biskut. Cheeskut ni boleh buat buat ikut citarasa anda. Kalau anda nak letak nestum, buah, milo atau apa-apa yang bersesuaian pun boleh. Kali ini aku kongsi perisa oreo
Resipi Cheeskut Oreo Leleh
Bahan-bahannya:
1. Biskut tawar. Nak guna Cap Hup Seng boleh, biskut Marry pun boleh
2. Cream Cheese
3. Susu Segar
4.Oreo
5. Susu Pekat

Cara-caranya:
1. Asingkan Oreo dan creamnya
2. Masukkan cream cheese beserta susuk pekat (1 tin) ke dalam mangkuk. Pukul cream cheese itu sehingga benar-benar cair dan tidak berketul
3. Kemudian, masukkan cream oreo ke dalam cream cheese yang telah cair tadi dan gaulkan
4. Ambil biskut dan celupkan ke dalam susu segar satu persatu kemudian susunkan di dalam bekas
5. Ambil sedikit cream cheese tadi dan sapukan ka atas biskut yang telah disusunkan tadi
6. Kemudian taburkan oreo yang telah dihancurkan ke atas cheese tersebut
7. Ulangi turutan cara membuatnya tadi sehingga bekas penuh.
Setelah selesai masukkan cheesekut tersebut ke dalam peti sejuk dan biarkan sekurang-kurangnya 6 jam atau lebih baik semalaman. Setelah siap disejukkan, boleh potong dan hidangkan. Siap!
Sangat mudahkan. Selamat mencuba
Love, DianaKamal
No comments:
Post a Comment