Assalamualaikum W.b.t
Epilepsy. Apa itu epilepsy? Epilepsy ialah penyakit sawan yang menyerang seseorang terutama kanak-kanak secara tiba-tiba. Minggu lepas anak aku kena sawan secara tiba-tiba di rumah pengasuh dia. Memang terkejut bila dapat panggilan bila anak aku kena sebabnya dia tidak demam dan tidak jatuh. Kami suami isteri pun tiada keturunan sawan. Jadinya memang tidak terkata kenapa boleh berlaku. *bak kata nenek aku keturunan pitam ada. haha
10 a.m - dapat panggilan daripda pengasuh yang mengatakan anak aku kena sawan.
Pengasuh : Salam dik, dian ada sawan ke? dia kena sawan ni. Boleh datang tak sekarang?
Aku : Dian tak ada penyakit sawan. Jadi dia macam mana sekarang ni?
Pengasuh : Dian dah ok. Dia tengah tidur
Aku : Jadi saya kena balik la ni? oh ok saya balik sekarang.
Berdasarkan cerita dari pengasuh Dian, Dian waktu itu dia tengah duduk-duduk sambil bermain dengan kawan-kawan. Tiba-tiba dia terbaring. Tangan dah kejung ke atas, mata hitam dah naik ke atas, mulut berbuih sikit dan bibir pun biru macam lebam. Pengasuh Dian dah terkejut + takut dia terus panggil nurse kebetulan jiran rumah dia. Bila nurse sampai dia teruk geletek tapak kaki Dian dan tepuk-tepuk belakang badan sampai Dian mennagis. Kejadian itu berlaku tidak sampai 1 minit pun. Lepas dari itu Dian dah ok dan dia pun terus tidur mungkin sebab kepenatan.
10.40 am - Aku sampai rumah pengasuh tengok Dian tengah duduk dekat sofa sambil ditemani pengasuhnya. Dian nampak lesu je mungkin masa itu dia baru bangun tidur. Dia namapk aku terus menangis.
11.20am - Suami aku baru sampai rumah. Nak dekat satu jam tunggu dia balik nak bawak Dian pergi hospital. Lagi malang tayar motor dia pancit. Itu yang satu jam menunggunya. Kemudian siap-siap semua terus pergi hospital
Dalam kereta boleh pulak bergaduh nak pergi hospital mana. Haha. Akhirnya kami pilih Hospital Putrajaya disebabkan Dian lahir dekat sana jadi senang rujuk kalau ada apa-apa masalah. *rasanya ini kali terakhir pergi hospital ini kalau anak aku sakit* haha.
Sampai sahaja di kemecasan aku cerita masalah Dian dekat pegawai yang bertugas. Dian terus masuk zon kuning. Mungkin sebab dia bayi lagi, jadinya dia diutamakan untuk dapatkan rawatan. Masuk sahaja zon tu terus pegawai perubatan ambil darah Dian untuk buat test
Dalam jam 3 petang macam tu doktor pun datang ke katil kami. Aku ceritakan segalanya kat doktor. Sampai doktor nak bercakap dengan pengasuh aku nak tahu cerita sebenar. *Mungkin dia ingat aku buat cerita kot. Selepas dah selesai semua siasatan doktor arahkan untuk kami bermalam di hospital. kena tahan wad kiranya sebab doktor nak pantau 24 jam.
Berdasarkan pemerhatian doktor terhadap Dian, doktor mengatakan bahawa Dian nampak sihat dan aktif. Jadinya dia pun macam pelik kenapa Dian boleh kena macam tu. Doktor menjangkakan Dian ada epilepsy. Aku pun tak tahu nak kata apa sebabnya tiada di tempat kejadian. Jadinya bermula lah kisah kami bermalam di hospital.
Sebelum suami aku balik, kami bawa Dian jalan-jalan sekitar lobi hosiptal, bila dia nampak ada budak pegang belon terus dia kejar budak tu nak ambil belon dia. Budak itu pun lari dari Dian. haha. Suami aku apa lagi, pergi la belikan belon untuk Dian. Lepas je dapat belon terus dia pergi ke budak tu nak tunjuk belon yang dia ada. haha. Tapi main belon pun tak sampai berapa jam dah tercampak mana-mana entah belonnya
Dian ni peramah orangnya. Sebelum tidur dia say hi dulu dekat kawan yang baru admit hospital. Dia macam tu ada sebab. Sebabnya nak pinjam permainan budak tu. Haha.
Epilepsy. Apa itu epilepsy? Epilepsy ialah penyakit sawan yang menyerang seseorang terutama kanak-kanak secara tiba-tiba. Minggu lepas anak aku kena sawan secara tiba-tiba di rumah pengasuh dia. Memang terkejut bila dapat panggilan bila anak aku kena sebabnya dia tidak demam dan tidak jatuh. Kami suami isteri pun tiada keturunan sawan. Jadinya memang tidak terkata kenapa boleh berlaku. *bak kata nenek aku keturunan pitam ada. haha
10 a.m - dapat panggilan daripda pengasuh yang mengatakan anak aku kena sawan.
Pengasuh : Salam dik, dian ada sawan ke? dia kena sawan ni. Boleh datang tak sekarang?
Aku : Dian tak ada penyakit sawan. Jadi dia macam mana sekarang ni?
Pengasuh : Dian dah ok. Dia tengah tidur
Aku : Jadi saya kena balik la ni? oh ok saya balik sekarang.
Berdasarkan cerita dari pengasuh Dian, Dian waktu itu dia tengah duduk-duduk sambil bermain dengan kawan-kawan. Tiba-tiba dia terbaring. Tangan dah kejung ke atas, mata hitam dah naik ke atas, mulut berbuih sikit dan bibir pun biru macam lebam. Pengasuh Dian dah terkejut + takut dia terus panggil nurse kebetulan jiran rumah dia. Bila nurse sampai dia teruk geletek tapak kaki Dian dan tepuk-tepuk belakang badan sampai Dian mennagis. Kejadian itu berlaku tidak sampai 1 minit pun. Lepas dari itu Dian dah ok dan dia pun terus tidur mungkin sebab kepenatan.
10.40 am - Aku sampai rumah pengasuh tengok Dian tengah duduk dekat sofa sambil ditemani pengasuhnya. Dian nampak lesu je mungkin masa itu dia baru bangun tidur. Dia namapk aku terus menangis.
11.20am - Suami aku baru sampai rumah. Nak dekat satu jam tunggu dia balik nak bawak Dian pergi hospital. Lagi malang tayar motor dia pancit. Itu yang satu jam menunggunya. Kemudian siap-siap semua terus pergi hospital
Dalam kereta boleh pulak bergaduh nak pergi hospital mana. Haha. Akhirnya kami pilih Hospital Putrajaya disebabkan Dian lahir dekat sana jadi senang rujuk kalau ada apa-apa masalah. *rasanya ini kali terakhir pergi hospital ini kalau anak aku sakit* haha.
Sampai sahaja di kemecasan aku cerita masalah Dian dekat pegawai yang bertugas. Dian terus masuk zon kuning. Mungkin sebab dia bayi lagi, jadinya dia diutamakan untuk dapatkan rawatan. Masuk sahaja zon tu terus pegawai perubatan ambil darah Dian untuk buat test
Waktu ini memang suara dia sahaja yang dengar dalam kecemasan tu. Samapai abang yang pegang dia tu pun kata, kuat budak ni.
Muka baru lepas menangis. Kalau nak bagi dia diam kena bagi kad. Dian diam tu sebab dapat pegang kad dari dalam wallet kita la. Tangan tu pun dah berbalut. Nasib baik dia tak cabut ke tak usik ke apa.
Sementara nak tunggu keputusan darah tu, kami diletakkan di kawasan pesakit yang menunggu giliran samada diarahkan untuk masuk wad atau tidak. Jadinya dapatla tidurkan Dian. Lagipun masa ini dia dah mengantuk sangat
Berdasarkan pemerhatian doktor terhadap Dian, doktor mengatakan bahawa Dian nampak sihat dan aktif. Jadinya dia pun macam pelik kenapa Dian boleh kena macam tu. Doktor menjangkakan Dian ada epilepsy. Aku pun tak tahu nak kata apa sebabnya tiada di tempat kejadian. Jadinya bermula lah kisah kami bermalam di hospital.
Sebelum suami aku balik, kami bawa Dian jalan-jalan sekitar lobi hosiptal, bila dia nampak ada budak pegang belon terus dia kejar budak tu nak ambil belon dia. Budak itu pun lari dari Dian. haha. Suami aku apa lagi, pergi la belikan belon untuk Dian. Lepas je dapat belon terus dia pergi ke budak tu nak tunjuk belon yang dia ada. haha. Tapi main belon pun tak sampai berapa jam dah tercampak mana-mana entah belonnya
Gembira sangat apat belon. Dia teruja betul baring atas katil hospital. Dia ingat dia dekat hotel.
Dian ni peramah orangnya. Sebelum tidur dia say hi dulu dekat kawan yang baru admit hospital. Dia macam tu ada sebab. Sebabnya nak pinjam permainan budak tu. Haha.
Memang katil ini untuk dia seorang sahaja. Gaya macam tidur dekat rumah.
Dian tidur lena sangat dekat hospital walaupun kiri kanan katil baby menangis sekejap-sekejap. Aku pulak yang tak boleh tidur. Nurse akan datang setiap 4 jam untuk check suhu dian dan BP dia. Memang aku tak boleh nak fokus tidur la. Waktu ini bersyukur sangat Dian tidak meragam dan tidak terjaga langsung.
Keesokan harinya, doktor pun datang untuk check Dian. Berdasarkan pemerhatian doktor pada hari kedua pula, Dian nampak sihat dan aktif. Dian siap berlari-lari lagi dalam wad. Pergi melawat wad orang la, pergi tegur nurse sana sini dan terus dapat kawan. Lepas dari pemeriksaan doktor, doktor benarkan kami pulang. Aku senyum sampai telinga sebabnya tidak sabar nak balik. Doktor bagi tarikh temu janji 4 bulan dari sekarang untuk pemeriksaan lanjut di hospital.
Dian tengah curi-curi tengok video orang sebelah.
Muka mama Dian yang gembira tak terkata dapat balik sebab boleh tidur dengan selesa. Haha
Untuk Mommies di luar sana yang mempunya anak, nak bagi tips sikit apa yang perlu dilakukan sekiranya penyakit ini menyerang anak anda secara tiba-tiba. (tips dari doktor)
1. Tenangkan diri. Jangan kelam kabut
2. Mengiringkan anak anda disebelah kiri
3. Jauhkan barang-barang berbahaya di sekitarnya
4. Jangan sesekali meletakkan apa-apa di dalam mulut anak. Kalau ada makanan keluarkan dari mulut anak
5. Jangan tinggalkan anak anda bersendirian
6. Sekiranya serangan sawan berpanjangan melebihi dari 5 minit, bawa ke hospital dengan segera
Semoga tips yang diberikan memberi manfaat untuk mommies semua.
Love, DianaKamal
No comments:
Post a Comment