Tuesday, November 7, 2017

Rico's Pizza Sedap

Assalamualaikum W.b.t

Haritu aku ada beli 1 jenis pizza ni, lebih kurang macam pizza hut tapi yang aku beli ni roti pizza dia sangat lembut. Aku beli frozen pizza dari kawan aku. Aku memang suka support kawan berniaga. Nak dijadikan cerita dah 2 kali repeat order dengan dia. Nak tahu pizza apa? Haaa ni dia Rico's Pizza. Korang pernah dengar tak? Korang memang kena cuba sebab roti dia tak keras macam pizza hut tu. Dia lembut sangat macam roti hotdog. Lebih kurang macam tu la.

Boleh tengok ada pelbagai pilihan. Aku suka PEPPERONI BEEF. Memang kesukaan aku! Disebabkan ini frozen pizza, korang boleh simpan lama. Jadi kena simpan di peti sejuk beku la. Bila nak makan nanti masak je atau orang kata panaskan. Sangat mudah. 


Ni yang belum dimasak lagi. Kena keluarkan dari peti sejuk beku dan biarkan selama 30 minit untuk bagi pizza tu lembut

Cara-cara untuk masak pula ada 3 pilihan iaitu boleh masak menggunakan microwave, pemagang ajaib atau kuali biasa. Masak selama 10 minit. Disebabkan dekat rumah aku tiada pemagang ajaib mahupun microwave aku guna kuali biasa. Kalau guna kuali biasa pastikan api betul-betul kecik ye. Panaskan kuali dulu baru masak. 


Dekat belakang plastik tu ada cara-cara aturan untuk masak pizza. Jadi korang tak perlu risau. 




Haaa ni dia pizza aku selepas masak menggunakan kuali. Walaupun nampak macam ada hangus-hangus sikit tu tapi sedap. haha. Tapi aku cadangkan tak nak bagi hangus macam ni baik guna microwave la lagi senang tak perlu nak tunggu depan kuali. Kawan aku ni juga ada jual takoyaki. Haritu dia ada buat promosi. Beli 2 pizza percuma 1 set takoyaki. Aku pun terus beli 2.


Nampak sedapkan takoyaki ni. Bukan nampak sedap tapi memang sedap bila makan. Boleh order dengan dia. NurAdila (019-4338583). Untuk Harga pizza pulak 1pcs RM 28 dan untuk harga takoyaki 1 set RM 5. Dia boleh buat delivery disekitar Putrajaya, Cyberjaya, Sepang, Bangi, Kajang dan kawasan yang berdekatan rumah dia iaitu bangi. Charge delivery pula RM 2 untuk semua kawasan yang disenaraikan tuSangat berbaloi. Belum cuba belum tahu. Selamat membeli.

Love, DK



No comments: