Monday, November 6, 2017

Resipi Aiskrim Goreng Nutella

Assalamualaikum W.b.t

Siapa kat sini peminat tegar nutella? Hari ini aku nak kongsi resipi Aiskrim Goreng Nutella Rangup. Gitewww. Jangan risau, bahan-bahannya sangat mudah didapati dan yang pasti anak-anak pasti suka.

Resipi Aiskrim Goreng Nutella


Bahan-bahan:

1. Roti
2. Aiskrim
3. Nutella
4. Cawan







Cara-caranya:

1. Ambik 1 keping roti dan letakkan aiskrim diatasnya serta sedikit nutella


2. Kemudian letakkan 1 lagi keping roti di atasnya serta cawan untuk tekap


3. Tekap roti tersebut sehingga melekat dan keluarkan roti tersebut dari cawan


4. Kemudian masukkan roti aiskrim tersebut di dalam bekas dan letakkannya di dalam peti sejuk beku sekurang-kurangnya 4 jam (saya biarkan semalaman)

5.Selepas beku, panaskan minyak. Bila minyak benar-benar panas (kalau boleh minyak banyak sikit untuk tenggelamkan roti asikrim tersebut)  masukkan roti tersebut untuk goreng ( bahagian atasa masak 10 saat bahagian bawah masak 10 saat). Goreng hingga kekuningan dan siap!

6. Selepas masak sapukan nutella sedikit di atasnya dan sedia untuk dimakan



Mudahkan. Bila aiskrim vanilla campur dengan nuttela memang sedap! Selama mencuba

Love, DK

No comments: