Monday, November 20, 2017

Big Home Expo Bukit jalil


Assalamualaikum W.b.t

Kelmarin (18/11/2017) aku pergi home expo. Katanya ni home expo yang paling besar. Ye la nama pun Big Home Expo jadinya aku syak paling besar la berbanding home expo yang pernah aku pergi sebelum ni dekat sunway convention center dengan mines 2 dan ternyata memang agak besar sebab ada pelbagai pilihan  iaitu dari segi perabut rumah, perkakas dapur, meja makan, lampu, pintu, pagar dan bermacam-macam lagi la. Aku sebenarnya pergi sana nak beli microwave + oven (2 function sekaligus) tapi akhirnya beli benda lain. Nak tahu apa tunggu diakhir cerita. Kah! macam drama.

Big Home Expo diadakan di Stadium Bukit Jalil dekat bahagian tempat letak kereta


Punya besar papan tanda. Home expo ni bermula dari 16/11/2017 - 19/11/2017. Jadinya aku pergi 18hb. Waktu ni hari sabtu jadi ada masa untuk pergi. 


Ni nak masuk parking. Punya la beratur kereta nak masuk. Home expo ni dia buat dekat car park je jadinya senang sikit. Tak perlu nak jalan jauh. 


Ni harga sekali masuk. RM 2 je. Boleh la parking sampai malam memandangkan home expo pun tutup pukul 10 malam. 


Ni waktu aku masuk je terus ambik gambar. Berdasarkan gambar ni tak ada sesak sangat macam moodrepublik tu. Kiranya boleh la anak aku berlari-lari lagi dalam ni.

Terdapat pelbagai barang yang dijual. Bermacam-macam ada sampai target aku pun nak beli microwave tu boleh berubah la. Lagi satu harga yang ditawarkan pun berpatutan. Tapi aku rasa kalau pergi hari akhir lagi bebaloi sebabnya hari akhir selalu diorang akan buat sale kaw kaw. Tengok la barang-barang yang diorang jual ni. Memang cantik-cantik semua. 














Macam berminat je tu tengok. Beriya tengok tapi tak beli pun. haha


Ni pintu keselamatan. Memang harga mahal la tapi tak tahu la macam mana function keselamatan tu. Budak tu mesti nak suruh mak dia beli. 


Suka gila warna sofa ni. Comel sangat. harga pun secomel awak. 



Korang nak tahu aku beli apa? Idea asal aku nak beli microwave multi functional sekali tak jumpa apa yang aku nak. Jadinya aku beli lampu je. Haha. Lampu macam kat bawah ni. Lampu bulat tu RM 12. Aku beli 13 biji terus. Kitorg beli sebab murah berbanding dengan harga lain yang orang jual lampu kat situ memandangkan rumah kitorg macam pasang lampu pun masih malap jadinya beli banyak terus. 



Aku tukang pilih, laki aku tukang bayar. hehe


Boleh tengok bertapa gigih aku pegang semua pamphlet yang orang kasi tu. Bawak la balik dan simpan. Sekurang-kurangnya boleh rujuk balik kot-kot aku nak buat pagar pulak ke nak beli sofa ke boleh terus pergi kedai dia je. Bagi aku home expo ni sangat berbaloi kalau pergi sebabnya harga sangat berpatutan. Sehingga kita jumpa lagi home expo. Lepas ni ada dekat SCCC (SetiaCity
Convecntion Center) hujung bulan November 2017. InshaAllah kalau laki aku berhati mulia nak belanja lagi boleh pergi.  

Love, DK 

No comments: