Rumah pertama (aset) kami di awal seusia 25 tahun
Setelah sekian lama kami menunggu projek rumah ini siap, akhirnya kami dapat juga kunci untuk rumah ni. Sebenarnya aku dan suami beli rumah ini untuk buat pelaburan. Jadinya ini aset kami untuk masa hadapan. Kami beli rumah ini di Cyberjaya. Kenapa kami pilih Cyberjaya? kerana Cyberjaya tempat yang baik untuk buat pelaburan disebabkan di Cyberjaya ramai pelajar dan pekerja antarabangsa. Jadinya untuk dapatkan penyewa itu mudah. Kami beli studio house yang bercirikan gaya antarabangsa. Ok aku akan kongsi kemudahan yang disediakan oleh pihak pemaju dan beri tips sikit untuk beli rumah di usia yang muda.
Nama studio house ni Kanvas Soho Cyberjaya yang terletak di Prima 15 iaitu betul-betul berhadapan Burger King Cybejaya
Bahagian luar lobi. Kalau ada pelawat datang boleh duduk bersantai sini dulu sementara nak tunggu tuan rumah turun bawah.
Ini lobinya. Untuk masuk ke lobi kena ada kad akses. Jadi hanya tuan rumah sahaja boleh masuk. Kalau nak masuk kena tunggu tuan rumah turun bawah la. Sementara tunggu boleh duduk di bahagian luar seperti gambar di atas.
Bahagian masuk untuk ke parking. Kalau pelawat datang diorg akan masuk bahagian ini
Nama pun studio house, jadinya hanya ada satu bilik dan ruang tamu beserta dapur sekali. Untuk studio house ni, pihak pemaju dah sediakan kabinet dapur, aircond, peti ais dan bilik air yang dah siap tandas sinki serta glass shower.. Kiranya ini partly furnished.
Dari pintu masuk akan lalu dapur dahulu baru ruang tamu
Sebelah peti ais ada satu pintu. Itu adalah pintu untuk mesin basuh. Tapi pihak pemaju tak sediakan mesin basuh la. Ruang dapur yang hanya menyediakan 1 tempat untuk masak sahaja. Jimat ruang.
Ini ruang tamu tadi yang dari dapur tu. Ruang tamu ini hanya boleh muat tv dan satu sofa sahaja.
Gambar kiri iaitu pintu yang menghubungkan ruang tamu dan bilik tidur. Gambar kanan iaitu bilik tidur. Gambar bilik tidur diambil dari bilik air. Agak luas bilik tidurnya dan boleh masukkan 2 katil.
Bilik tidur sahaja yang mempunyai bilik air. Kalau tetamu datang suruh diorg buang air siap-siap di tandas lobi. Haha.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan contohnya gym, tempat bbq, swimming pool dan bermacam lagi.
Ini kemudahan yang disediakan untuk yang nak parking basikal
Kalau nak masuk gym ni pun kena ada kad akses. Pelbagai kemudahan ada. Memang sesuai untuk orang yang kaki gym.
Ini di panggil jacuzzi pool sebabnya agak private mandi dekat sini. Tidak dalam sangat. Memang sesuat sangat untuk kanak-kanak
Untuk orang besar boleh mandi dekat sini. Bahagian swimming pool dan gym tadi di tingkat 2. Jadinya mandi swimming pool ni pun boleh nampak pemandangan cantik.
Bahagian BBQ ni memang luas. Ada disediakan tempat bbq. Kalau nak buat jamuan ke parti ke kat sini pun boleh tapi kena minta kebenaran dengan pihak pengurussan dahulu.
Aspire Sky Hall ni di tingkat 29. Tingkat paling atas. Tempat ni boleh buat untuk tari menari atau zumba sebab ruangnya lapang.
Aspire sky lounge ni di tingkat 29. Lounge ni memang sesuai untuk minum-minum atau lepak. Boleh buat parti dekat sini. Kalau untuk pelajar pula memang sesuai untuk study goup.
Dari tingkat 29 juga. Di bahagian luar sky lounge tu. Boleh lepak-lepak sambil hirup udara segar. Memang berangin duduk sini.
Pemandangan dari tingkat 29.
Tips-tips untuk membeli rumah untuk golong muda dan budget permulaan rendah
1. Cari projek baru. Projek yang baru nak bina ataupun sedang dibina. Rumah 2nd ni kene stanby cash 13%. Kira la sendiri kalau rumah 300k. Memang tak ada duit la untuk freshgrade macam kami ni.
2. Projek baru hanya memerlukan booking fees RM1000. Pihak pemaju akan menawarkan rebate sebanyak 5%-10%. Sekiranya pihak pemaju menawarkan rebate sebanyak 10% tak perlu nak bayar down payment dah. Spa free legal pun free.
3. Mengenalpasti pemaju yang ok dan kukuh. Mengenalpasti latar belakang pemaju dengan melihat projek-projek yang pernah mereka jalankan serta reputasi pemaju.
4. Boleh je nak beli rumah impian yang 2nd hand tu. Cuma cari sahaja bank yang boleh menyediakan loan 100%. Kebiasaannya rumah pertama berkemungkinan boleh dapat.
5. Akhir sekali gunakan skim-skim yang disediakan oleh kerajaan. Contoh: rumah prima, rumahwip dan rumah selangorku. Murah dan bank boleh menyediakan 100% loan. Cuma rumah untuk kegunaan sendiri dan tidak boleh sewa atau jual dalam masa 10 tahun. Kami tidak ambil skim ini kerana kami nak buat rumah sewa.
Sekarang ini kami dah ada penyewa pun iaitu dari Pihak Universiti. Sekarang rumah kami dalam penghubahsuaian untuk membuat lampu dan masukkan perabut. Selesai sahaja rumah ini siap dengan segala kelengkapan yang diminta oleh Pihak Universiti, kami akan tandatangan kontrak. Nanti aku update bila barang semua dah masuk ya.
Love, DK