Friday, December 22, 2017

Resipi Sambal Ikan Bilis Petai Berlemak

Assalamualaikum W.b.t

Hari ini aku nak kongsi resipi sambal ikan bilis petai. Resipi ini inspirasi dari wan aku sebabnya dia punya sambal sangat lemak dan memang kena dengan tekak ni.

Resipi Sambal Ikan Bilis Petai Berlemak



Bahan-bahan:

1. Ikan Bilis

2. Petai yang telah dibelah dua

3. Bawang yang dihiris

4.Santan pekat (Sukatannya suku dari kotak pun cukup)

5. Cili kisar (cili kering dikisar dengan air sahaja. Tak perlu campur dengan bawang)

6. Asam Jawa

7. Gula dan garam secukup rasa








Air Asam Jawa ini agak-agak sahaja. Jangan terlalu banyak nanti berkuah pula

Cara-caranya:

1. Tumis cili. santan pekat, ikan bilis dan petai sehingga pecah minyak


2. Tunggu sehingga pecah minyak kemudian. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. 

3. Masukkan air asam jawa. (agak-agak kalau nak masukkan jangan sampai banjir pula sambal tu)

4. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris


5. Biarkan selama 10 minit untuk bagi kering sedikit sambalnya. Sambil-sambil tu kacau juga sambalnya takut nanti hangus pula.

Sambal tumis ikan bilis petai dah siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!



Love, DianaKamal

Wednesday, December 13, 2017

Resipi Cheeskut Oreo Leleh

Assalamualaikum W.b.t

Hari ini aku nak kongsi resipi cheeskut leleh. Dalam erti kata lain Cheese dengan biskut. Cheeskut ni boleh buat  buat ikut citarasa anda. Kalau anda nak letak nestum, buah, milo atau apa-apa yang bersesuaian pun boleh.  Kali ini aku kongsi perisa oreo

Resipi Cheeskut Oreo Leleh



Bahan-bahannya:

1. Biskut tawar. Nak guna Cap Hup Seng boleh, biskut Marry pun boleh

2. Cream Cheese

3. Susu Segar

4.Oreo

5. Susu Pekat


Cara-caranya:

1. Asingkan Oreo dan creamnya




2. Masukkan cream cheese beserta susuk pekat (1 tin) ke dalam mangkuk. Pukul cream cheese itu sehingga benar-benar cair dan tidak berketul

3. Kemudian, masukkan cream oreo ke dalam cream cheese yang telah cair tadi dan gaulkan



4. Ambil biskut dan celupkan ke dalam susu segar satu persatu kemudian susunkan di dalam bekas

5. Ambil sedikit cream cheese tadi dan sapukan ka atas biskut yang telah disusunkan tadi


6. Kemudian taburkan oreo yang telah dihancurkan ke atas cheese tersebut


7. Ulangi turutan cara membuatnya tadi sehingga bekas penuh.


Setelah selesai masukkan cheesekut tersebut ke dalam peti sejuk dan biarkan sekurang-kurangnya 6 jam atau lebih baik semalaman. Setelah siap disejukkan, boleh potong dan hidangkan. Siap!



Sangat mudahkan. Selamat mencuba

Love, DianaKamal