Friday, March 23, 2018

Hari Ketiga di Lombok, Indonesia

Assalamualikum w.b.t

Hari Ketiga di Lombok, Indonesia (12.3.2018)

Hari ketiga pula, kami akan ke Sengigi. Selepas breakfast di hotel kami terus checkout di Good Heart Resort. Speed boat yang membawa kami ke jetty sudah menunggu.

Setibanya kami di Jetty Teluk Nare, Kami di bawa oleh Pak Dedy untuk ke Air Terjun Sindang Gile.


Muka sebelum naik ke air terjun. Masing-masing semangat dengan bawa babynya sekali

Berdasarkan cerita oleh Pak Dedy, untuk ke air terjun hanya perlu mendaki anak tangga sahaja. Memang dah dapat bayangkan mudahnya untuk ke air terjun. Tour guide yang bawa kami ke air terjun kata hanya 30 minit untuk sampai. Tapi siapa sangka kami naik hampir 1 jam. Haha. Dengan bawa anaknya lepastu nak tempuh liku-liku batu. Memang mencabar dan tidak sanggup rasa.


Liku-liku perjalanan kami untuk sampai ke air terjun.

Nampak sahaja air terjun dan orang ramai berkumpul untuk ambil gambar ingat dah lega, rupanya itu air terjun yang pertama. Haha. Jadinya harus mendaki lagi untuk sampai air terjun yang kedua dan boleh mandi sekali disana.

Di Air Terjun yang pertama.

Untuk ke air terjun yang kedua, berlaku satu kejadian yang tidak diingini apabila monyet yang berkeliaran telah merampas biskut dari anak-anak kami. Haha. Memang monyet tu terus rampas dari tangan budak-budak tu. Apa lagi menangis la mereka. Kitorg yang besar ni pun dah cuak. Nasib baik tour guide tu dah halau lepas itu tenangkan budak-budak  dan teruskan perjalanan ke air terjun yang kedua. 

Sampai sahaja di air terjun yang kedua kami sangat-sangat lega dan boleh tarik nafas panjang. Memang cantik sangat air terjunnya. Tak sia-sia kami panjat naik turun bukit untuk sampai ke air terjun itu.


Air terjun yang kedua. Di Air terjun yang kedua boleh mandi.

Selepas puas mandi, kami pun turun. Untuk turun tour guide kami syorkan jalan shortcut. Jalan shortcut ni hanya 100 meter dan dapat menjimatkan banyak masa.


Ni jalan shortcutnya. Tidak ke rasa cuak tu dengan air derasnya lepastu gelap pula. 

Setelah berfikir panjang dengan bawa anak sekali kami pun menggunakan jalan shortcut. Memang sangat mencabar sebab gelap gelita hanya menggunakan torchlight lampu sahaja.  Nasib baik suami support dari belakang. haha.

Berjaya juga harungi jalan shortcut ini. Nak cepat sampai punya pasal sebab kami betul-betul tidak larat. Menangis rasa lalu sini. Haha

Bila dah keluar dari terowong tu, kami hanya perlu sampai beberapa meter lagi untuk sampai di pintu hadapan. Memang masa ini masing-masing tidak larat dan kepenatan. Confirm dalam van semua tidur. haha. Bila nampak sahaja sign thank you memang rasa lega sangat.

Lepas mendaki ke air terjun kami makan tengahari di Rinjani Lodge. Sampai sahaja di Rinjani Lodge terus order makanan dan barulah tukar baju. Kami lepak di sini lama sangat sebab nak bagi hilang penat baru teruskan perjalanan.

Memang betul-betul lepak ni nak bagi hilang penat



Makanan tengahari saya. Yang ini di Malaysia lebih kurang macam daging masak paprik ke blackpaper macam itu. Haha. Dia punya nama menu panjang sangat.


Dessert pulang pisang goreng dan choclate cake. Pisang dia rangup sebab salut dengan breadcrumb. Boleh cuba resipi ini sebab sedap sangat. 


Dalam jam 5 petang macam itu kami baru gerak dari Rinjani Lodge ke hotel. Dalam perjalan ke hotel, Pak Dedy sempat bawa kami ke kedai untuk shopping.


Walaupun tempat ini agak mahal tetapi kualiti bajunya sangat bagus. Borong habis beli untuk diri sendiri dan anak buah. 

Selepas puas shopping baju kami check in di Hotel Aruna, Sengigi. Hotel ini bertaraf 4 bintang. Memang cantik dan puas hati.


Di lobi hotel




Bukan main landing dia. Macam penat sangat. Haha

 Lepas check in hotel dan siap mandi, kami keluar untuk cari makan malam. Disebabkan masing-masing dah tidak larat dengan kaki sakitnya kami hanya makan kfc yang terletak berhadapan hotel kami. yang tak bestnya kfc disni tiada pilihan banyak macam di Malaysia. Haha. Tapi kalau dah lapar makan sahaja apa yang ada.

Lepas makan malam kami pulang ke hotel dan rehat.

Aktiviti hari keempat di SINI



Boleh lihat aktiviti hari kedua di SINI

Love, DianaKamal

Hari Kedua di Lombok, Indonesia

Assalamualaikum w.b.t

Hari kedua di Lombok, Indonesia ( 11.3.2018)

Aktiviti untuk hari kedua ialah snorkeling di 3 Gili. Kami breakfast di hotel terlebih dahulu. Aktiviti kami bermula jam 9.30 pagi. Breakfast di hotel ini kami hanya pesan makanan dalam menu sahaja bukan secara buffet. Menu yang boleh dipesan oleh seorang terhad kepada 2 menu sahaja. Jangan risau walaupun ada harga di menu tapi semuanya free. Kita hanya order sahaja apa yang mahu.


Breakfast tak mahu kalah masing-masing. 2 menu setiap orang. Lepas itu kekenyangan macam ular sawa. Belum mula aktiviti lagi Haha

Selepas sahaja breakfast, boat untuk bawa kami snorkeling sudah siap sedia. Ini pengalaman pertama saya snorkeling.


Muka teruja naik bot. Pertama kali katakan. 

Kami di bawa 3 tempat snorkeling untuk melihat ikan, patung di bawah laut dan penyu.



Over sangat iolls yang tengah tu. Haha. Ambil masa juga nak tahu skill bernafas. Lepas itu dah dapat tahu cara untuk bernafas memang pandang bawah lama-lama. 


Memang cantik sangat. Teruja betul. Tak tahu bila masa diorang buat patung tu. Haha

Selepas kali kedua snorkeling memang dah mabuk. Naik sahaja atas bot terus rasa pening dan nak muntah. Pertama kali snorkeling jadinya tidak tahu diri ini mabuk macam itu. Jadinya sesiapa yang mabuk laut ke mabut bot ke apa sebelum mulakan perjalanan makan ubat mabuk siap-siap. Boleh beli dekat farmasi sebelum pergi bercuti. 

Selepas puas snorkeling kami makan tengahari di Gili Air.


Sampai sahaja di Gili Air untuk makan tengahari terus rasa tak mabuk dah. Haha.

   

Bangsal tempat kami makan tengahari. Memang berangin makan tepi pantai ni. Waktu ini kami memang betul-betul penat. Bila dapat baring dekat bangsal ini memang boleh buat tertidur sambil tunggu makanan sampai .



Makanan tengahari saya dan suami. Sebelah kiri fish n chip dan sebelah kanan pula chicken pramagiana. Walaupun rupa macam ini, dapat juga kenyangkan perut sebab dah penat sangat. Haha

Dalam jam 3 petang macam itu kami sudah pulang ke hotel. Kami rehat sekejap dan mandi kemudian keluar semula untuk jalan-jalan di Gili Trawangan sebab esoknya kami sudah ke Sengigi. Di Gili Trawangan pengankutan yang digunakan ialah basikal, kereta kuda atau jalan kaki. Kalau sewa basikal harganya IDR50.000 untuk satu hari manakala kereta kuda harganya IDR150.000 untuk satu hala. Setelah berfikir dan membuat keputusan bijak kami sewa basikal.


Cari tempat sewa basikal yang menyediakan kerusi infant. Nasib baik anak nak duduk sampai dia tidak mahu turun. Seronok sangat jalan-jalan. Yang letihnya mak bapak dia la mengayuh tidak henti. Haha

Kami berjalan sejauh 2km untuk tengok sunset. Pantang sahaja nampak tempat cantik terus berehenti untuk ambil gambar. Gambar di bawah tempat-tempat yang famous untuk ambil gambar di Gili Trawangan
  

Nak juga ambil gambar di buayan famous Lombok ini. Punya payah nak panjat sebab agak dalam. Waktu ini air pasang jadinya paras peha juga kedalamannya. 

Selepas puas kami berjalan di sekitar Gili, kami terus singgah untuk makan malam. Saya order ayam penyet. Memang puas hati makanannya.
Walaupun cilinya nampak macam pedas sangat tapi tak pedas langsung. Siap minta husband punya sekali sebab dia tak makan cili. Tak ingat pula kedai mana sebab kami dah lapar terus sahaja masuk kedainya. Haha

Lepas makan kami singgah untuk urut badan pula. haha. Tak nak kalah masing-masing. Seharian berjalan malamnya urut pulak. Saya ambil package urut back shoulder neck and foot hanya IDR100.000. Semasa berurut ada juga bercerita denga tukang urut mengnai Lombok ni. Ramah mesra gitu. Nak tidur pun tak dapat. Selepas berurut pulang ke hotel dan rehat.


Boleh tahan promosinya sebab urut apa-apa pun semua 100k. kalau urut kaki sahaja pun 100k juga kalau urut satu badan sahaja pun 100k jadinya baik ambil satu badan. Haha

Aktivit hari ketiga di SINI



Boleh lihat aktiviti hari pertama di SINI

Love, DianaKamal