Sunday, October 22, 2017

Resipi Ayam Paprik tanpa Sayur

Assalamualaikum W.b.t

Harini nak kongsi resipi ayam paprik tanpa sayur. Untuk mereka yang tidak suka sayur boleh cuba resipi ini. Suami aku memang bukan penggemar sayur jadi aku kena masak lauk yang tak ada sayur. aku ni pulak penggemar sayur jadi nak masuk sayur untuk makan sorang sahaja la. Ok ni resipinya yang sangat mudah

Ayam Paprik tanpa sayur

Bahan utama iaitu ayam yang telah dipotong dadu


Bahan-bahan
1. Bawang besar                     
2. Bawang putih                       
3. Halia
4. 1 biji tomato
5. 5-6 helai daun limau purut yang telah diracik


6. Cili kering beberapa tangkai (Kisar cili kering ini dengan air sahaja)
7. 2-3 sudu makan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos ikan

                        

Cara-caranya

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan
2. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga masak
3. Masukkan ayam 
4. masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sos ikan serta masukkan sedikit air
5. selepas mendidih masukkan tomato dan daun limau purut. Siap!!


*kalau nak pedas masukkan cili api sikit
* tak perlu garam dan gula kerana semua bahan sos tu dah ada perasa yang lengkap

Aku kalau masak ikut citarasa sendiri je. Orang kata campak-campak. 

Ok jumpa lagi. Aku akan berkongsi resipi mudah dan paling penting bahan yang tersedia ada dekat rumah. 

Love, DK



           

Friday, October 20, 2017

Burger Jalanan


Assalamualaikum w.b.t

Malam ni aku rasa tak sihat pulak. selesema sebab berjangkit dengan suami aku la ni. lepas balik dari kerja terus macam biasa layan anak aku dulu lepastu terus gerak pergi rumah mak mertua aku. Mak mertua aku buat donut. Dia dah call suruh datang nak bagi donut. Memandangkan harini jumaat dan esoknya cuti boleh singgah sekejap. Konon malam ni aku dengan suami aku kenyang nak makan makanan ringan je alih-alih balik dari rumah mak mertua masing-masing kelaparan.

Suami aku ni pulak teringin makan burger tepi jalan jadi singgah la beli burger area rumah kami. aku pun dah lama tak makan burger simple ni.

Haa ni la gerainya. Aku kalau kedai macam ni memang cepat tertarik. 


Sebenarnya makan burger yang simple macam ni lagi sedap dan mengenyangkan sebabnya murah boleh beli 2 ke 3 ketul. Perut kenyang hati senang. Ok dah boleh tidur. Jumpa lagi semua:)

Love, DK