Monday, February 26, 2018

Chicken Pox (Part 2)

Assalamualaikum W.b.t

Sebelum ini aku ada cerita tentang kisah aku kena chicken pox di SINI. Cukup 2 minggu aku kena chicken pox, anak aku pula kena. Doktor pun kata dia memang akan kena sebab dia masih breastfeed.
Aku dan suami terpaksa cuti gilir-gilir. Selang sehari kami cuti dan kerja selama 2 minggu berturut-turut. Nak bagi betul-betul baik sebab nanti bila hantar rumah pengasuh berjangkit pula dengan budak lain.


Waktu ini hari kedua Dian kena chicekn pox tapi masih aktif. Bila kita letak calamine lotion itu pun dia diam je. Dia siap baring lagi lepastu suruh kita letak ubat dekat badan dia. Aku senang je nak letak ubat. Buat sahaja sapu macam bedak sejuk. Selesai masalah. Haha


Masa ini dia dah mula tidak selesa dengan badan dia sebab gatal sangat. Dia dah garu-garu. Aku memang pakaikan dia baju sebab nanti kalau tidak pakai baju habis satu badan dia menggaru. Kalau kita nampak dia garu tu kita usap-usap la tolong garukan. Doktor bagi ubat sapu, demam dengan tahan gatal. Memang aku bagi makan ubat selama seminggu berturut mengikut jadual yang ditetapkan. Tak sampai hati tengok dia menggaru sahaja. Sebab kita dapat rasakan apa yang dia rasa.  



Masa ini memang mencabar bagi aku. Dian tidak mahu diletak. Dia nak kita berdukung je. Masa ini dia memang dah tidak sihat. Lagipun chicken pox banyak dalam mulut. Dia pun tidak ada selera nak makan. Aku terpaksa pakai baby carrier sebab nak buat kerja rumah lepastu nak masak untuk dia dengan aku sekali. Memang tahap lapar tu tak tahu macam mana nak cakap sebabnya aku tak boleh bergerak ke mana kalau tak dukung. Lepastu lagi satu perangai dia masa ini dia nak ajak kita pergi dapur lepastu nak tengok kita kacau masakan. Bila kita pergi ruang tamu dia menagis-nangis suruh pergi ker dapur balik. Memang masa ini kena banyak bersabar. Kalau etiap petang pula mesti nak ajak keluar nak main dekat luar. Memang setiap petang bawa dia keluar depan rumah janji dia tidak merengek. 


Waktu ini selepas seminggu Dian kena chicken pox. Dia punya chicken pox pun dan kering waktu ini. Mungkin tak nampak sangat kot sebab warna kulit gelap sangat. Haha. 


Selepas Dian betul-betul baik, aku dan suami terus bawa pergi shopping mall sekejap beli mainan. Lepas beli terus balik. Memang sekejap sangat tu. Haha. Waktu ini bukan main gembira sangat. Bukan gembira dapat permainan tapi dapat keluar rumah. Haha. Orang kata bagus juga dia kena masa kecil sebabnya bila kena masa tua macam aku ni, dia punya terseksa tak tahu nak cakap macam mana. Sampai sekarang masih ingat. kalau masa kecil macam Dian ni memang tak ingat dah sakit chicken pox tu macam mana. Haha. Semoga bertemu lagi. Lagi seminggu Dian nak pergi jalan-jalan ni. Nanti kita update ya. 

Love, DianaKamal

Thursday, February 15, 2018

Chicken Pox (PART 1)

Assalamualaikum W.b.t

Baru-baru ini aku mengalami demam cempak. Nak dijadikan cerita aku dari kecil tak pernah kena demam campak (chicken pox) jadinya bila kena masa tua bangka ni dia punya azab jangan cakap la. Satu hari sebelum aku kena chicken pox aku ada makan-makan dengan family. Siap boleh jalan-jalan lagi dari Menara Mara ke Sogo.


Bukan main seronok ya masa ni. Jalan dengan cuaca panas terik pun tak ada hal. 

 Bila sampai rumah je aku dah mula rasa sakit-sakit badan. Badan pun dah rasa panas. Aku ingat sakit-sakit badan sebabnya berjalan tadi. Yelah dengan cuaca panasnya lagi. Keesokan harinya aku dah rasa bintik air dekat badan dalam 1 ke 2 bintik macam tu. Malam tu aku punya la menggaru bintik tu sampai pecah sebab gatal sangat. Nikmat rasa dapat pecahkan bintik tu. Haha. Aku kena pagi isnin. Aku pun fikir nak pergi kerja dulu atau pergi klinik terus. Selepas berbincang dengan husband, dia kata pergi klinik la memandangkan dia pun boleh hantar aku pergi klinik. Dian? hantar pergi rumah pengasuh terus. Bila dah jumpa doktor, doktor pun mengesahkan aku kena chicken pox. Dia tak boleh bagi aku ubat anti virus sebabnya aku masih lagi breastfeed (BF). Doktor pun ada cakap mungkin anak aku akan berjangkit dalam masa 1-2 minggu sebab dia BF.
Kemudian aku diberi ubat demam, gatal dan ubat sapu. Aku pun dapat mc 5 hari dari hari isnin hingga jumaat.


Bila dapat tahu aku kena chicken pox terus bagi tahu mak mertua  sebab nak daun semambu. 
Bermula la episod aku kena chicken pox. Hari pertama aku kena chicken pox tidak rasa gatal-gatal lagi dan tak demam lagi. Rasa macam biasa je. Aku rasa macam betul ke kena chicken pox ni sebab tak gatal dan tak demam. Hari ketiga chicken pox, bintik air dah keluar banyak. Masa ini rasa macam badan dan muka bengkak sangat sebab chicken pox tu keluar. Keluar bintik air. Memang rasa seksa sangat. Bila waktu malam sahaja aku akan demam. Bila nak baring telentang badan belakang dan punggung akan rasa sakit sebabnya bahagian tu banyak chicken pox. Sampai menangis dekat husband kata nak masuk hospital sebab tak tahan sangat. haha. Drama lebih. 


Bak kata husband aku muka kena tumbuk ke. Masa ni muka tengah merah-merah dan bengkak. Bila nak cuci muka pun takut nak pegang. Bila pegang muka rasa sakit sangat. Malam tu aku tak boleh tidur sebab gatal sangat. Aku mintak husband aku garukan tapi dia usap sambil tutup mata. Haha memang geram betul. Aku memang tak boleh tidur malam tu. 

Bermula la rutin harian aku setiap pagi aku akan rebus daun semambu untuk mandi. Aku buat 5 hari berturut tanpa skip. Memang kena gagahkan diri sebabnya  husband pergi kerja dan anak hantar pengasuh jadinya nak tak nak kena buat sendiri.



Bab makan pula memang kena pantang. Menurut pesanan orang tua-tua, tidak boleh makan bergoreng, ayam atau daging, kicap dan telur. Masa aku kena chicekn pox aku pantang makanan yang disenaraikan tadi sahaja. Yang lain aku makan je. Haha. Aku hanya makan bersup dan panggang. Disebabkan chicken pox aku penuh dalam mulut dan tekak, jadinya selera makan kurang. Aku hanya makan biskut cicah milo macam tu. Ni menu sepanjang aku kena chiceken pox.






Selepas hari ke 6, chicken pox aku semakin baik tapi tidak pecah sepenuhnya. Aku cakap dengan bos nak mula kerja hari isnin lepas seminggu tak kerja memang bosan sangat. Bos suruh aku cuti lagi seminggu biar fully recover. Kang pergi kerja berjangkit pulak. Orang kata masa chicken pox ni nak kering dia akan keluarkan virus jahat dimana boleh berjangkit dengan orang. Aku pun pergi klinik minta mc lagi. 2 minggu duduk rumah rasa heaven sangat. Ada masa untuk diri sendiri.


Muka lepas chicken pox dah pecah. Masa ni dapatla keluar gi makan. Haha, Dia punya happy jangan cakap la bila dapat keluar.

Cukup 2 minggu aku kena chicken pox seperti yang dijangka, anak aku pula kena chicken pox. Tambah lagi cuti aku. (Yeayy). Rasa macam sebulan tak pergi kerja. haha.. Aku akan cerita kisah anak pula di PART 2. Terima kasih sudi membaca.

Love, DK